Anda Pengunjung Ke :

Saturday 27 January 2018

KDYMM Sultan Kedah Dikurnia Darjah Kerabat Selangor.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan untuk mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat yang berlangsung pada 25 Januari 2018 itu diadakan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Darjah Kerabat ini dikurniakan bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-72 pada 11 Disember 2017 yang lepas.


Berangkat ke Istiadat Pengurniaan ini ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Maliha Binti Tengku Ariff, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohd Arif. 

DYMM Sultan Sharafuddin menyerahkan Darjah Kerabat kepada KDYMM Sultan Sallehuddin.
.
Turut berangkat Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Antara kerabat diraja Kedah yang turut mengiringi Sultan Kedah ialah Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah Toh Puan Dato' Nora Abdullah, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Tunku Dato' Shazuddin Ibni Sultan Sallehuddin. Turut hadir, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang Berbahagia Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya. 

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Sultan Sharafuddin, KDYMM Sultan Sallehuddin dan KDYMM Sultanah Maliha mengaminkan doa.

Selesai istiadat pengurniaan, doa dibacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor Dato' Seri Utama DiRaja Dato' Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

DYMM Sultan Selangor dan KDYMM Sultan Kedah.

Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor merupakan darjah kebesaran tertinggi di negeri Selangor. Darjah kebesaran ini pertama kali dizahirkan pada tahun 1961 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj. Keanggotaan darjah kerabat ini hanya terhad kepada Raja-Raja Melayu, Permaisuri, serta Raja-Raja Negara lain sebagai penghormatan atas oersahabatan yang akrab dengan DYMM Sultan Selangor. Bilangan keanggotaan bagi darjah kerabat ini adalah 25 orang sahaja. 


DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYMM Sultan Selangor.


DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda, DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

DYTM Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Muda Selangor mengaminkan doa. 

YAB Dato' Seri Ahmad Bashah, YABhg Datin Seri Hizam, YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YABhg Toh Puan Dato' Nora Abdullah dan YTM Tunku Puteri Intan Safinaz.

Bacaan doa oleh SS Dato' Setia Mohd Tamyes.

DYTM Raja Puan Muda Kedah dan DYTM Raja Muda Kedah.




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...