Anda Pengunjung Ke :

Saturday 2 June 2018

Berita Kemangkatan YAM Enche Besar Khalsom Abdullah.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah
kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Takzim
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
serta seluruh kerabat diraja Johor

DI ATAS KEMANGKATAN 

Almarhum Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah,
D.K., S.M.I.J.

2 DISEMBER 1935 - 1 JUN 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa Bonda kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, telah mangkat di London pada hari Jumaat 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadan 1439 Hijrah. Almarhum yang berusia 83 tahun mangkat di Hospital King Edward VII pada pukul 7.55 malam waktu tempatan. Berita kemangkatan Almarhum dimaklumkan oleh Yang Di-Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli dalam satu sidang media khas di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Pengumuman yang dibuat adalah seperti berikut : "Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah D.K, S.M.I.J, bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baqa pada 7.55 malam hari Jumaat 1hb Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadan 1439 Hijrah di Hospital King Edward VII London''. Abdul Rahim berkata jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak. Beliau berkata jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...