Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 28 October 2018

Keberangkatan Raja-Raja Melayu Ke Majlis Santapan Sempena Pertabalan Sultan Kedah Ke-29.

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SULTAN KEDAH KE-29
27 OKTOBER 2018
ISTANA ANAK BUKIT, ALOR STAR


Bersempena dengan Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Ke-29, satu Majlis Santapan Diraja telah diadakan bagi meraikan Pertabalan baginda. Santapan Diraja ini menyaksikan keberangkatan DYMM Raja-Raja dan DYMM Permaisuri-Permaisuri Melayu ke negeri Kedah untuk menghadiri majlis penuh gilang gemilang ini. KDYMM Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Arif berangkat tiba ke Anjung Melur pada pukul 7.50 malam. Turut berangkat DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohd Arif, YMM Che Puan Besar Tuanku Haminah Hamidun, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, YABhg Toh Puan Bendahara Kedah Dato' Nora Abdullah, YTM Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, YTM Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Arif, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, serta seluruh kerabat-kerabat diraja Kedah. 


Turut hadir, YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili kerajaan Persekutuan, YAB Menteri Besar Dato' Seri Mukhriz Mahathir dan YABhg Tok Puan Norzieta Zakaria, serta pembesar-pembesar negeri dan negara. Terdahulu sebelum majlis santapan bermula, baginda berkenan untuk mengambil gambar berkumpulan bersama-sama Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri-Negeri dan Toh Puan-Toh Puan yang hadir ke majlis itu. Majlis santapan itu dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamat Sultan’ sebelum Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memohon limpah perkenan untuk majlis dimulakan. Ia diserikan dengan persembahan kebudayaan dari Badan Kesenian Negeri Kedah seramai 29 orang yang mempersembahkan tarian pembukaan dengan lagu ‘Daulat Tuanku Sultan Kedah’ serta tarian penutup lagu ‘Cinta Sayang’. Setelah selesai majlis santapan, Lagu Allah Selamat Sultan sekali lagi dimainkan sebelum Sultan dan Sultanah Kedah berangkat pulang disusuli Sultan Brunei serta Raja-Raja Melayu, Pemangku Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri-Negeri dan Toh Puan-Toh Puan.


Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Sultan Brunei Darussalam, DYMM Raja-Raja Melayu, Pemangku-Pemangku Raja, Wakil Raja-Raja serta TYT Yang Di-Pertua Negeri adalah seperti berikut:

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KEDAH AL-AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KEDAH SULTANAH MAILHA BINTI ALMARHUM TENGKU ARIF.





WAKIL DYMM SULTAN JOHOR 
YANG AMAT MULIA TENGKU TEMENGGONG JOHOR TUNKU IDRIS ISKANDAR IBNI SULTAN IBRAHIM.


TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA TUN DATUK SERI UTAMA MOHAMAD KHALIL BIN YAAKOB.



TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TUN DATUK SERI UTAMA DR ABDUL RAHMAN BIN ABBAS DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATUK SERI UTAMA MAJIMOR BINTI SHARIF.




KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG TENGKU ABDULLAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH DAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.




YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN DR TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA.




DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MU'IZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH DAN DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK TUANKU ZARA SALIM.




DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD.




DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ DAN DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN.




DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERLIS TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL DAN DULI YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN PERLIS TUANKU TENGKU FAUZIAH BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL RASHID.




KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU SULTANAH NUR ZAHIRAH.




KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN BRUNEI DARUSSALAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUIZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA BINTI ALMARHUM PENGIRAN PEMANCHA PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMAD ALAM.




DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA KEDAH TUNKU SARAFUDDIN BADLISHAH IBNI SULTAN SALLEHUDDIN DAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN MUDA KEDAH CHE PUAN MUDA ZAHEEDA BINTI MOHD ARIF.


YANG MAHA MULIA CHE PUAN BESAR KEDAH TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAJI HAMIDUN.



2 comments:

  1. Rindunya dengan YMM Che Puan Besar Dato Seri Utama Hajah Haminah. Gembira tengok YMM Che Puan Besar berangkat ke majlis rasmi. Moga YMM Che Puan Besar sentiasa dibawah lindungan Allah swt selalu. Amin..

    ReplyDelete
  2. kalau ikutkan ini adalah majlis rasmi yang ketiga dihadiri oleh YMM CHE PUAN BESAR KEDAH.. pertamanya ialah SOLAT SUNAT AIDILADHA di Masjid Zahir & MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN PERTAMA KEMANGKATAN ALMARHUM TUANKU ABDUL HALIM.. juga di masjid zahir..

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...