Anda Pengunjung Ke :

Monday 29 October 2018

Keberangkatan YMM Che Puan Besar Kedah ke Majlis Santapan DiRaja.


Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan DiRaja Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah Ke-29 pada 27 Oktober 2018 di Istana Anak Bukit. Baginda yang merupakan balu Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah berangkat untuk menyertai DYMM Raja-Raja Melayu dan DYMM Permaisuri-Permaisuri meraikan Pertabalan adinda ipar baginda. Keberangkatan baginda ke Dewan Santapan diiringi oleh anakanda tiri baginda Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob. Majlis ini merupakan kemunculan pertama baginda dalam Majlis Rasmi negeri selepas dikurniakan gelaran Che Puan Besar Kedah pada 21 Januari 2018 yang lalu. Semoga Allah SWT melanjutkan usia YMM Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.











No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...