Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 11 November 2015

Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Muhammad V.

 MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.


SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DAN JAJAHAN TAKLUKNYA 

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN YANG KE-46
PADA 11 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 28 MUHARRAM 1437 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.

ALLAHU AKBAR.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday, 10 November 2015

11 November : Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Ismail Petra.

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 


 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,
D.K., D.M.N., D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), D.K.(Johor), D.K.(Kedah), D.K.(Perak), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.M.B.(Brunei), D.P.S.S.(Sarawak), D.P.(Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.


AL-SULTAN KELANTAN DARUL NA'IM KE-28
PADUKA AYAHANDA AL-SULTAN KELANTAN DARUL NA'IM

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN YANG KE-66
PADA 11 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 28 MUHARRAM 1437 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.

DAULAT TUANKU.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Monday, 9 November 2015

Permaisuri dan Puteri Berhijab.


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad.

Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman.


KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Perlis Sharifah Dato' Seri DiRaja Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato' Seri Nazatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Seri Dato' Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.


Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.

Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Datin Paduka Dato' Nur Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.

Yang Amat Mulia Tunku Sheilah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Yang Amat Mulia Tunku Deborah Binti Almarhum Tuanku Munawir.

Yang Amat Mulia Tunku Muna Najiah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aishah Putri Binti Sultan Ismail Petra.

Thursday, 5 November 2015

Kekanda Agong Selamat Disemadi.

Almarhum Tunku Hamidah bersama adinda-adinda beliau. Dari kiri : YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Salehuddin, Almarhum Tunku Annuar, DYTM Tunku Abdul Malik dan KDYMM Tuanku Abdul Halim.

Kekanda Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Almarhum Tunku Dato' Seri Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah telah selamat dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star kira-kira jam 12.00 tengah hari. Jenazah Almarhum Tunku Hamidah disolatkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit pada pukul 9.30 pagi dan kemudiannya diusung keluar menggunakan pedati diraja. Jenazah Almarhum diarak dari Istana Anak Bukit hingga ke Makam Diraja Langgar. 

Berangkat mengiringi jenazah Almarhum adalah adinda beliau Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Tunku Salehuddin Sultan Badlishah, YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Intan Safinaz, DYAM Tunku Soraya dan DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain. Turut hadir, Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir serta exco kerajaan negeri. Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Negeri Kedah Dato' Syeikh Ahmad Baderudin dan kemudian membacakan talkin di Makam Diraja Langgar. Tunku Salehuddin mengetuai istiadat pemakaman dengan menjirus air mawar ke makam Almarhum. Almarhum Tunku Hamidah dimakamkan bersebelahan makam Almarhum DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah yang mangkat beberapa bulan sebelum ini. 







Wednesday, 4 November 2015

Kekanda Agong, Tunku Hamidah Mangkat.

AL-FATIHAH.
Yang Teramat Mulia Tunku Dato' Seri Datin Paduka Hajah Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah,
S.P.M.K., S.S.D.K., S.M.S.

Dukacita dimaklumkan bahawa kekanda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Dato' Seri Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada pukul 11.50 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Beliau mangkat pada usia 89 tahun akibat kegeringan. Jenazah Almarhum akan dimakamkan esok pada pukul 10.00 pagi di Makam DiRaja Langgar. Jenazah beliau disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam untuk penghormatan terakhir. 

Tunku Hamidah diputerikan pada 22 September 1926 di Istana Anak Bukit, Alor Star Kedah. Beliau merupakan puteri sulung kepada Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhum Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Y.A.M. Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 15 Oktober 1946 di Balai Besar,Alor Star. Beliau dikurniakan dengan 4 putera dan 6 puteri. Suami beliau, Tengku Abdul Aziz merupakan adinda kepada Y.M.M. Tunku Ampuan Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang merupakan bonda tiri kepada Tunku Hamidah. Tengku Abdul Aziz juga merupakan ayahanda saudara kepada D.Y.M.M. Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Tunku Hamidah merupakan bonda kandung kepada pasangan kembar Almarhum Tunku Sarina dan D.Y.A.M. Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim. Adinda beliau, Tuanku Abdul Halim mengambil Tunku Sarina dan Tunku Soraya sebagai anakanda angkat baginda. Tunku Hamidah juga aktif dalam berpesatuan. Beliau memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Wanita Negeri Kedah (PKWNK).

Tunku Sofiah, Tuanku Abdul Halim, Tunku Abdul Malik, Tunku Hamidah. dan Sultan Badlishah.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...