Anda Pengunjung Ke :

Monday, 7 November 2011

YMM Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah Almarhum Tengku Omar Setia Raja..


Kali ini kita mengenali permaisuri negeri Terengganu Darul Iman pula.Merupakan nenda tiri kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan .Baginda merupakan anak kelahiran Singapura.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Orders of Merit(Federal Republic Germany),Grand Cordon Of The Order Of Golden Hearts(Philippines),Grand Cross Of The Most Exalted Order Of The Queen Of Sheba(Ethiopia),Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown(Japan),Grand Cordon Of The Order of Diplomatic Service Merit 1st Class(Korea),Grand Cordon Of The Order The Pleiades 1st Class(Iran),Grand Cordon Of The Order Of Mugunghwa(Republic Of Korea).


Puteri kepada YAM Almarhum Tengku Setia Raja Terengganu Tengku Hitam Omar dan YAM Almarhum Raja Zainab binti Raja Alang ini diputerikan pada 13 April 1928.Baginda merupakan kerabat diraja Singapura dan dilahirkan di Singapura.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau dan Convent Katong di Singapura.


Bertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin 3 April 1944 ketika baginda berusia 16 tahun.Baginda merupakan isteri kedua Almarhum.Namun perkahwinan baginda berdua tidak menghasilkan sebarang zuriat.Pada 5 November 1945,setelah pihak Jepun keluar dari Malaya,DYMM Sultan Ali,Sultan Terengganu ketika itu diturunkan takhta.DYMM Sultan Ismail telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang baru.Secara automatik Tuanku Intan Zaharah ditabalkan menjadi DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu.Majlis pertabalan baginda berdua telah diadakan pada 6 June 1949 di Istana Maziah Kuala Terengganu.Tuanku Intan berusia 21 tahun ketika ditabalkan.Baginda bergelar Tengku Ampuan Besar selama 30 tahun sehingga kemangkatan suami baginda pada 20 September 1979.Tuanku Intan Zaharah menjadi Raja Permaisuri Agong ke 5 bermula tahun 1965 hingga 1970.

Ketika zaman muda baginda.



Semasa Tuanku Intan Zaharah menjadi Raja Pemaisuri Agong,baginda banyak dikurniakan darjah kebesaran dari dalam dan luar negara.Baginda merupakan antara permaisuri yang mendapat darjah kebesaran terbanyak.Sebagai contoh pada 7 Februari 1966 baginda telah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa daripada Presiden Republik Korea.Pada 6 April 1966 pula baginda dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Negara (DMN),antara darjah kebesaran tertinggi negara. Baginda merupakan Penaung Persatuan Pandu Puteri Terengganu.

Kenangan bersama Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin dan Almarhum Sultan Idris Shah.

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin pada tahun 1979,baginda menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Terengganu.Baginda meneruskan kehidupan secara sederhana di istana.Pada tahun 1998 setelah kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah yang merupakan anak tiri baginda,baginda dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu.Ini kerana gelaran Tengku Ampuan telah diberikan kepada YMM Tengku Ampuan Bariah.Cucunda tiri baginda DYMM Tuanku Mizan telah menaiki takhta Terengganu dan menjadi Yang Dipertuan Agong ke 13.Antara hobi baginda termasuklah bermain badminton dan memancing.Kini baginda berusia 83 tahun dan bersemayam di Istana Terengganu sebagai Tengku Ampuan Tua.Baginda merupakan antara permaisuri paling tua yang masih hidup.Semoga baginda dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Antara gambar kenangan YMM Tuanku Intan Zaharah:


Ketika istiadat perkahwinan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.


Bersama menantu baginda Almarhum Tengku Ampuan Bariah.

Bersama Tunku Azizah,Tunku Puan Zanariah dan Tunku Puan Nora .


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...