Kali ini kita berbicara tentang seorang permaisuri yang baru
sahaja diturunkan takhta.Kini baginda bergelar Raja Perempuan sahaja,bukan lagi
Raja Perempuan Kelantan.Kini baginda meneruskan kehidupan dengan menumpukan
sepenuh perhatian kepada suaminya yang masih gering.Merupakan wanita yang
mempunyai budi pekerti yang cukup tinggi.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang
Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul
Hamid,
D.K.(Kelantan),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.11(Johor),D.K.(Brunei),D.K.(Selangor),D.K (Kedah),S.P.M.K.,S.P.M.J.,S.P.M.P.
Ketika bertakhta sebagai Raja Perempuan Kelantan.
Baginda diputerikan pada tahun 1949 di kediaman nenda
baginda di Palm Manor,Kota Bharu Kelantan.Baginda merupakan kerabat diraja
Kelantan dan juga Pattani.Merupakan puteri kepada YAM Almarhum Tengku Abdul
Hamid Ibni Almarhum Tengku Muda dan YAM Almarhum Tengku Azizah Binti Almarhum
Tengku Seri Maharaja Tengku Hamzah.Nenda baginda iaitu Tengku Hamzah merupakan
bekas Menteri Besar Kelantan.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Raja
Perempuan Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil
Persekolahan Malaysia.Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang
dibawa ke kediaman baginda.
Melangsungkan rumah tangga dengan DYMM Tuanku Ismail Petra
Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968.Ketika itu Tengku Anis
berusia 19 tahun.Adat istiadat perkahwinan baginda diadakan di Istana Kota
Lama.Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak sulung
baginda,DYMM Sultan Faris Petra atau Sultan Muhammad ke 5 menjadi Sultan
Kelantan setelah suami baginda jatuh gering.Satu-satunya puteri baginda YAM
Tengku Amalin Aisyah Putri merupakan majistret wanita pertama di
Kelantan.Tengku Anis dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota Kelantan pada
1 Januari 1969 oleh ayahanda mertua baginda DYMM Almarhum Sultan Yahya Petra di
Istana Balai Besar Kota Bharu.Baginda ditabalkan menjadi DYMM Raja Perempuan
Kelantan pada 3 Mac 1980 apabila suami baginda menjadi KDYMM Sultan Kelantan ke
28.Baginda bergelar Raja Perempuan Kelantan selama 30 tahun sebelum turun
takhta pada tahun 2011.
Tengku Anis merupakan seorang permaisuri yang amat prihatin
dengan rakyat jelatanya.Baginda sering mencemar duli merasmikan projek
kebajikan yang dijalankan oleh Projek Diraja Kelantan yang dinaungi oleh Tuanku
Ismail Petra dan Tengku Anis sendiri.Baginda pertama kali menunaikan fardu haji
pada 1983 bersama suami baginda.
Bersama Anakanda dan suami baginda.
Setelah kegeringan Tuanku Ismail Petra,Tengku Anis banyak
menghabiskan masa menjasa suami baginda itu.Pada 13 September 2010,Sultan Faris
Petra telah dimashyurkan selaku Sultan Kelantan yang baru.Tengku Anis
dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis oleh anakanda
baginda.Kini baginda hidup bersama suami baginda yang masih gering tetapi
beransur pulih.DUN Negeri Kelantan juga telah meluluskan Elaun Khas Seumur
Hidup kepada baginda berdua .Ini sebagai penghargaan untuk baginda
berdua.Semoga Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis diberikan kesihatan yang baik
selalu.
Berikut gambar kenangan Tengku Anis:
Tengku Anis ketika zaman mudanya.
Potret selaku Raja Perempuan Kelantan.
siapa permaisuri kelantan sekarang??
ReplyDeletesekarang jawatan DYMM Raja Perempuan Kelantan kosong kerana Sultan Muhammad V tidak mempunyai isteri.
ReplyDeleteAdakah anak mereka, selain dari yang Kita maklum, 3 Putera 1 Puteri, jika dirujuk kepada BEBERAPA gambar lama, Ada 4 Putera dan 1 Puteri. Jika tidak keberatan boleh saya dapat maklumat berkenaan tentang wujud Putera beliau adalah 4 orang? Nama samaran Tengku Rizal atau Nizam nama samaran dalam arena perniagaan.
ReplyDeleteKalau tak silap saya,YMM Raja Perempuan Tengku Anis dapat darjah kebesaran D.K.I (Johor), D.K (Perlis) dan D.K.II (Selangor). Yang johor dan perlis tu boleh check kat senarai penerima darjah kebesaran www.istiadat.gov.my
ReplyDeleteSalam sejahtera,assalamualaikum buat muslimin dan muslimat serta rakyat negeri kelantan..
ReplyDeleteDengan pelbagai pemasalahan Beta tunku asmara atau dengan nama tunku putera telah menjalankan kerja sebagai putera negeri Beta sendiri serta segala penglibatan di dalam kerabat negeri kelantan telah tertunai mengikut permintaan YMM Serta DYMM sebelum ini...Mohon perkenankan Beta tunku Asmara atau dengan nama ahmad kashfullah bin hamid atau tunku putera berangkat pulang ke kedah...izin kan Beta pulang..wslm