Anda Pengunjung Ke :

Friday, 25 November 2011

Istana Negara Baru Jalan Duta..Lambang Kemegahan Sistem Raja Berpelembagaan..


Kompleks Istana Negara Jalan Duta merupakan sebuah kompleks yang menempatkan Istana Negara yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur.Istana baru ini digunakan secara rasminya pada 15 November 2011 menggantikan Istana Negara Jalan Syed Putra.Istana ini sekarang menjadi tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong dan Raja Permaisuri Agong .Tuanku Mizan merupakan Yang Dipertuan Agong pertama bersemayam di Istana ini dan Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 akan diadakan di Istana baru ini.

Pandangan Luar Istana Negara..


Istana Negara Jalan Duta kelihatan gah.

Ketika masih dalam pembinaan.

Pintu Gerbang Istana Negara.



Istana Negara Jalan Duta ini mempunya tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi,Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Istana Negara ini mempunyai 3 jalan masuk utama terdiri daripada Pintu gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta.Jalan ini merupakan jalan yang digunakan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Permaisuri-permaisuri,Yang Dipertua Negeri,Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan.
Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan -Dungun merupakan jalan kegunaan tetamu-tetamu Diraja.
Pintu 3 yang terletak di Jalan Sri Hartamas Mont Kiara adalah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Yang Dipertuan Agong,Raja Permaisuri Agong dan Pentadbiran Istana Negara.

Balai Rong Seri dan Bilik Mengadap..


Singgahsana Kecil.




Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Baru bagi menggantikan Istana Negara Lama yang telah digunakan sejak tahun 1928.Istana Negara Lama sebenarnya dibeli oleh kerajaan daripada seorang jutawan cina untuk dijadikan istana.Kompleks Istana Negara Baru ini dibina di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagi kepada 4 sayap termasuk kawasan meletak kenderaan.Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan yang lain berkeluasan lantai 90 082 meter persegi.Istana ini menelan belanja sebanyak RM 812 juta.Kontrakot utama pembinaan istana ini adalah Maya Maju Sdn Bhd dengan kontrak bernilat RM650 juta.Manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju Pintu Gerbang Utama Istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan kontrak bernilai RM 130 juta.

Senibina istana melambangkan Islam dan Melayu ,tatarias lampu,pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza.Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga.Sistem ini dipusatkan dan dikawan oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza.

Ruang Santapan..



Majlis Penyerahan Istana Negara Baru Jalan Duta telah diadakan di Dewan Serbaguna Diraja diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pihak Pengurusan Istana Negara pada 18 Oktober 2011.Aturcara penyerahan bangunan disempurnakan dengan sesi menandatangani penyerahan dan penerimaan sijil penyeraha bangunan di antara Timbalan Ketua Setiausaha Kanan YBhg Datuk Othman bin Haji Mahmood dari JPM dan YM Dato' Pengelola Bijaya Diraja YM Tengku Datuk Farok Hussein Bin Tengku Abdul Jalil yang mewakili pihak Istana Negara.

Lain-lain Ruang Di Istana Negara..








Tanggal 15 November 2011 secara rasminya berpindahlah Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dari Istana Negara Lama ke Istana Negara Baru Jalan Duta.Perpindahan tersebut dilakukan dengan simbolik perpindahan Bendera peribadi Yang Dipertuan Agong.Upacara menurunkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Lama dilakukan pada jam 9 pagi.Manakala upacara menaikkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Baru disempurnakan pada pukul 10.25 pagi.

Acara berlangsung di Dataran Istana Negara.Upacara bermula dengan perarisan 52 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja serta 12 skuadron Istiadat Berkuda diiringi tiupan fajar.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Tengku Farok Hussien Tengku Jalil kemudiannya menyerahkan bendera kepada Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.

Bendera Yang Dipertuan Agong dinaikkan dengan diapit dua bendera Jalur Gemilang serta 14 bender negeri.Kaedah menaikkan bendera pada tiang berketinggian 30 meter dilakukan secara automatik berbeza dengan Istana Lama yang dinaikkan secara manual.Upacara diakhiri dengan bacaan doa.








































5 comments:

  1. wah!! cantik banget,.....agak2 blh dtg melawat x ya?

    ReplyDelete
  2. nanti kita buat rombongan ramai2..kita serbu itu istana..hehehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. dapat la pingat kebesaran dulu, baru leh masuk dengan megah sket.. xpn jd wartawan. hehe

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...