Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 30 December 2012

KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha..Raja Isteri Brunei Darussalam..



Ketika zaman muda baginda.Gambar ini diambil pada tahun 1979 dan ketika ini baginda berusia 33 tahun.

Setelah lama tidak bercerita,kini WARISAN PERMAISURI bakal menyambung hikayat Permaisuri-permaisuri Melayu. Kali ini agak istimewa kerana kita mempunyai segmen baru iaitu PERMAISURI NUSANTARA yang mana segmen ini bakal bercerita tentang permaisuri-permaisuri yang ada di seluruh dunia.Sebagai permulaan kita bakal bercerita tentang Permaisuri Brunei yang cukup bertuah. Baginda ialah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam,D.K.,D.K.M.B.,P.H.B.S.,D.K.(Kelantan),Grand Cordon Of The Order Of Chula Chom Klao(Thailand),Grand Cordon Of The Order Of Pola Star(Sweden),Grand Cordon Of The Order Of Renaissance Special Class(Jordan),Grand Cordon Of The Order Of Princess Olha 1st Class(Ukraine).




Baginda diputerikan pada tanggal 7 Oktober 1946 di Kampung Sumbiling,Jalan Istana Darussalam di Bandar Seri Begawan.Baginda merupakan puteri kepada Almarhum YTM Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Muhammad Alam Ibni Almarhum Pengiran Anak AbdulRahman,D.K.,P.H.B.S.,S.P.M.B.,D.S.N.B.,P.O.A.S.,O.B.E.,Queen Elizabeth Coronation Medal dan  YTM Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar Binti Almarhum Pengiran Anak Metassan, D.K., D.S.L.J., P.H.B.S.Ayahanda baginda pernah menjadi Menteri Dalam Negeri Brunei Darussalam.

Mendapat pendidikan awal daripada guru persendirian di surau di Istana Darul Hana.Baginda juga menghadiri kelas pengajian agama.Seterusnya baginda meneruskan pelajaran baginda di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di Bandar Seri Begawan sehingga tahun 1965.Baginda juga pernah melanjutkan pelajaran di London.




Bertemu jodoh dengan KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 29 Julai 1965.Ketika itu baginda Sultan masih bergelar Pengiran Muda Mahkota.Baginda baru sahaja berusia 19 tahun ketika itu.Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Saleha merupakan sepupu.Ayahanda Raja Isteri Saleha iaitu Pengiran Anak Muhammad Alam merupakan adik beradik kandung kepada Bonda Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Almarhum Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Damit.Perkahwinan baginda berdua dikurniakan 2 puteri dan 4 puteri.Putera sulung baginda Pengiran Muda Al Muhthadee Billah merupakan Pengiran Muda Mahkota Brunei.Baginda juga mempunyai 9 orang cucunda.


Setelah berkahwin,baginda bergelar Pengiran Anak Isteri bermula 29 Julai 1965 sehingga 4 Oktober 1967.Baginda ditabal sebagai Raja Isteri pada 4 Oktober 1967 setelah Sultan Hassanal Bolkiah ditabal sebagai Sultan Brunei menggantikan Almarhum ayahanda baginda Sultan Omar Ali Saifudin.Baginda Raja Isteri Saleha bersemayam sebagai Raja Isteri sehinggalah hari ini.

Ketika istiadat perkahwinan baginda pada tahun 1965.


Begitu cantik Tuanku berhias.


Raja Isteri Saleha merupakan ikon wanita di Brunei.Baginda yang seringkali tampil bergaya amat menarik minat rakyat2 baginda sendiri juga rakyat luar negara.Baginda yang sentiasa tersenyum manis juga menarik hati sesiapa yang meilhat.Tidak hairanlah baginda cukup disayangi oleh seluruh alam Brunei.Baginda merupakan Penaung kepada pelbagai pertubuhan termasuklah Institut Wanita (WI),Persatuan PERTIWI,PEKERTI,Persatuan Pandu Puteri Brunei,Persatuan Kebajikan Isteri Pegawai Kanan Kerajaan Brunei(BISTARI),Majlis Wanita Brunei Darussalam,Persatuan Graduan Wanita dan Persatuan Wanita Shell Brunei.


Untuk membuktikan kemurahan hati baginda,pada tahun 2010 baginda telah memberi bantuan kewangan sebagai sumbangan peribadi dari baginda.Beribu wanita daripada dalam dan luar negara menerima sumbangan ini khas untuk keluarga mereka.Setiap seorang wanita menerima B$700.00.Sumbangan ini telah diserahkan oleh keempat-keempat puteri baginda sebagai wakil baginda di semua empat daerah di Brunei.


Gaya seorang Permaisuri.Gambar baginda ketika menghadiri Majlis Perkahwinan Putera William dan Kate.


Bersama Queen Sirikit,Permaisuri Thailand.



Senyuman ikhlas dari seorang Permaisuri.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

4 comments:

  1. Salam Penulis,

    sedikit pembetulan diharap diperbetulkan segera, Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri masih lagi ada, Yang Teramat Mulia pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hjah Besar binti Almarhum Pengiran Anak Haji Metassan, DK,DSLJ,PHBS

    Terima Kasih

    Rakyat Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Terima kasih banyak banyak di atas pembetulan. Saya amat hargainya.

      Delete
    2. pengiran babu raja hjh besar bukan nya bonda raja isteri ...beliau cuma penjaga anak2 suktan masa kecil.

      Delete
  2. Queen yg sentiasa menjadikan ku mengkaguminya..selalu mendoakannya agar hidupnya sentiasa dlm syurga dunia dan akhirat..ohhh..KETABAHANNYA KESABARANNYA KEKUATANNYA SENYUMANNYA..KAU MIMANG DITAKDIR JADI PERMAISURI

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...