Anda Pengunjung Ke :

Sunday 14 September 2014

Kemangkatan Undang Luak Jelebu.

Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa Undang Luak Jelebu Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Haji Musa Bin Wahab D.T.N.S.,P.J.K. telah mangkat pada 11 September 2014. Almarhum berusia 77 tahun.  Almarhum baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 77 pada 4 September lepas.


Yang Teramat Mulia DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO' MUSA BIN WAHAB  dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan.Beliau merupakan Undang Jelebu ke 15.Beliau berasal dari Suku Biduanda Waris Berundang Perut Sarin.Beliau telah dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4 Februari 1980 oleh Dato'Menteri Sah Mangku Alang Raja Sari,Pesaka Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman.


Jenazah Almarhum tiba di Masjid Kampung Gelami pada jam 12.50 tengah hari 12 September 2014 untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Gelami , dekat sini. Terdahulu, pemimpin,pembesar adat dan rakyat menziarahi jenazah Almarhum untuk memberi penghormatan terakhir di Balai Undang Jelebu, Kuala Klawang. Turut menziarah ialah Menteri Besar Dato' Seri Utama Mohamad Hassan,Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Jenazah Almarhum turut diiringi kaum keluarga, Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri serta pembesar lain.

AL FATIHAH untuk ALMARHUM DATO' HAJI MUSA BIN WAHAB.


3 comments:

  1. Undang Jelebu pada masa kini ialah Yang Teramat Mulia Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, iaitu Dato' Undang Luak Jelebu ke-16 daripada Waris Kemin. Setelah mendapat kelulusan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berkuatkuasa 18/2/2019.

    ReplyDelete
  2. arwah untuk barwah zuntuk

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...