Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 29 November 2014

Hari Keputeraan 2 Orang Sultan Kesayangan Rakyat...

HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE 58
27 NOVEMBER 2014


Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah Perak Darul RidzuanSultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah,
D.K.,D.K.II(Selangor),D.K.S.A.,S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D(Harvard), MPA(Harvard).

Sultan Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang. Baginda merupakan putera sulung kepada pasangan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin dan Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali. Baginda menaiki takhta kerajaan negeri perak pada 29 Mei 2014 sebagai Sultan Perak ke 35 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Ini adalah hari keputeraan baginda yang pertama sebagai Sultan Perak.

HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH KE 87
28 NOVEMBER 2014


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong  Al Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang),D.K.(Selangor),D.K.(Perlis),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K(Perak),D.K.(Brunei),D.P.(Sarawak),D.U.N.M.,S.S.D.K.,S.H.M.S.,S.G.M.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,Grand Cordon of the Order of the Rising Sun(Japan), Bintang Maha Putra Adipradana(Indoensia), Order of Rammata(Thailand), Honourable Knight Grand Cross of the Order of the Bath(United Kingdom), Asso.Knight Order of St John(United Kingdom), Hon.Ph.D(UUM). Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum(Japan).

Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit Alor Star Kedah. Baginda merupakan putera kedua kepda pasangan Almarhum Sultan Kedah ke 27 Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid dan Almarhum Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud. Menjadi Sultan Kedah ke 28 pada 15 Julai 1958 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 5 pada 21 September 1970 hingga 1975. Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua pada 13 Disember 2011 pada usia 84 tahun sekaligus menjadikan baginda satu-satunya Raja yang menjadi Yang Di Pertuan Agong dua kali dan merupakan Yang Di Pertuan Agong tertua pernag bertakhta.

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...