Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 20 July 2016

Pertabalan Tuanku Mizan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-13.


Tarikh 26 April 2006 bersamaan 8 RabiulAkhir 1428 Hijrah merupakan hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ditabalkan dengan penuh adat istiadat diraja di Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur. Tuanku Mizan yang berusia 44 tahun menaiki takhta persekutuan menggantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin yang telah menamatkan 5 tahun pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-12. Tuanku Mizan yang merupakan Sultan Terengganu semenjak tahun 1998 telah 2 kali dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Pertama kali pada tahun 1999 semasa Almarhum Sultan Salahuddin dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-11. Kali kedua pada tahun 2001 semasa Tuanku Syed Sirajuddin menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-12. Tuanku Mizan telah dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-208(khas). Istiadat Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan berlangsung pada 13 Disember 2006 di Istana Negara. 












No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...