Anda Pengunjung Ke :

Friday, 29 July 2016

Raja Melayu Paling Tua Pernah Bertakhta.



Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah merupakan Raja Melayu paling tua pernah bertakhta dalam sejarah Kesultanan Melayu. Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4. Baginda memerintah bermula 6 Januari 1857 hingga 6 Februari 1898 iaitu selama 41 tahun. Baginda menaiki takhta Selangor pada usia 53 tahun dan mangkat ketika berusia 94 tahun. Baginda mencipta sejarah sebagai Sultan paling tua pernah bertakhta apabila mangkat ketika berusia 94 tahun. Baginda dimakamkan di Jugra, Kuala Selangor. Putera baginda yang merupakan Raja Muda Selangor ketika itu, Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1884. Sultan Abdul Samad digantikan oleh cucunda baginda, Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang menaiki takhta pada tahun 1898 hingga tahun 1938. Warisan Permaisuri Melayu menyenaraikan beberapa orang Raja-Raja Melayu pernah bertakhta yang usianya melebihi 85 tahun. 

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (89 Tahun).
Diputerakan : 28 November 1927.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim (87 Tahun).
Diputerakan : 28 Oktober 1894
Mangkat : 10 Mei 1981


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (86 Tahun).
Diputerakan : 19 Julai 1922
Mangkat : 27 Disember 2008


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (86 Tahun).
Diputerakan : 19 April 1928
Mangkat : 28 Mei 2014


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim Al- Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (86 Tahun).
Diputerakan :17 September 1873
Mangkat : 8 Mei 1959


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah (86 Tahun).
Diputerakan : 24 Oktober 1930.

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...