Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 3 August 2016

Darjah Kebesaran Azlanii Perak.

Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlanii merupakan darjah kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2009 dan 2010 sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan. Darjah ini mempunyai tiga pangkat. Darjah Kerabat Azlanii, Darjah Kerabat Azlanii II dan Darjah Dato' Seri Azlanii. Darjah kebesaran ini ekslusif hanya dikurniakan kepada penerima-penerima yang mempunyai hubungan rapat dan banyak berjasa kepada Almarhum Sultan Azlan Shah. Darjah Azlanii tidak dikurniakan kepada kerabat diraja negeri lain, hanya dikurniakan kepada kerabat negeri Perak sahaja. 


DARJAH KERABAT AZLANII (D.K.A.)

Darjah Kerabat Azlanii dizahirkan pada tahun 2010 dan dikurniakan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, DYTM Raja Muda Perak, dan DYTM Raja Puan Besar Perak sahaja. Darjah kerabat ini berada pada kedudukan ke-3 dalam susunan kekananan darjah kebesaran negeri Perak selepas Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) dan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (D.K.S.A.). Setakat ini keanggotaan darjah ini hanyalah 5 orang sahaja termasuk YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, DYMM Sultan Nazrin Shah. DYMM Tuanku Zara Salim, DYTM Raja Jaafar. dan DYTM Raja Nor Mahani. 
     
Sultan Azlan memakai set penuh D.K.A. manakal Tuanku Bainun memakai selepang dan bintang D.K.A.

      
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara memakai selepang dan bintang D.K.A.

Raja Nor Mahani memakai set penuh D.K.A manakala Raja Jaafar memakai selepang dan kalung D.K.A.

DARJAH KERABAT AZLANII II (D.K.A. II)

Darjah Kerabat Azlanii pangkat kedua atau D.K.A. II dizahirkan pada tahun 2010. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada DYAM Raja DiHilir Perak, DYAM Raja Puan Muda Perak, YTM Raja-Raja Bergelar, YTM Anakanda-anakanda Almarhum Sultan Azlan dan kerabat-kerabat diraja Perak yang terdekat. Darjah kebesaran ini berada dalam kedudukan ke-4 susunan keutamaan darjah kebesaran negeri Perak selepas Darjah Kerabat Azlanii. 


Raja Iskandar Dzulkarnain memakai selepang dan bintang D.K.A. II manakala Tunku Soraya memakai selepang D.K.A. II.

Almarhum Raja Ashman dan Dato' Seri Noraini Jane memakai selepang dan kalung D.K.A. II.

Raja Ahmad Nazim memakai set penuh D.K.A. II.

Penerima-penerima D.K.A. II : YTM Raja Azlan Muzaffar Shah, YBhg Dato' Seri Muhammad Salleh Ismail, YTM Raja Dato Seri Azureen, YBhg Dato' Seri Noraini Jane, YTM Raja Dato' Seri Eleena dan YBhg Dato' Seri Ismail Farouk Abdullah.

DARJAH DATO' SERI AZLANII (D.S.A.) : DATO' SERI.

Darjah Dato' Seri Azlanii dizahirkan pada tahun 2009 sempena Perayaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan. Darjah ini merupakan darjah kebesaran khas dan telah diwartakan untuk 25 orang penerima sahaja. Darjah ini dikurniakan sekali sahaja dan tidak akan dikurniakan lagi. Penerima darjah ini merupakan individu yang banyak berjasa kepada Almarhum Sultan Azlan sepanjang pemerintahan baginda semenjak tahun 1984. Darjah kebesaran ini berada pada kedudukan ke-6 dalam susunan keutamaan darjah kebesaran negeri Perak. Darjah kebesaran ini dikurniakan pada 2 Februari 2009 di Istana Iskandariah kepada 25 penerima. Darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri.


    
Annuar Zaini memakai kalung dan bintang D.S.A. manakala Zahidi Zainuddin memakai bintang D.S.A.

1. Allahyarham Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan, (Orang Besar Perak & Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka)
2. Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini (Pengerusi BERNAMA)
3. Tun Mohammed Haniff Omar (Bekas Ketua Polis Negara)
4. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen.(B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin (Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia)
5. Sahibul Samaah Tan Sri Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
6. Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Pro-Canselor UPSI)
7. Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim (Pro-Canselor UPSI)
8. Tan Sri P. Alagendra (Setiausaha Agong Persekutuan Hoki Asia)
9. Tan Sri V. Jeyaratnam (Pengerusi Yayasan Sultan Idris Shah)
10. Tan Sri Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari (Perunding Kanan Kardiologi Institut Jantung Negara)
11. Dato'Seri Taalat Hussein (Bekas Datuk Bandar Ipoh)
12. Datuk Seri Lee Oi Hian (Pengerusi Kuala Lumpur Kepong Berhad)
13. Datuk Seri Selvamany a/l Navachitra Soudamany (Tokoh Guru Kebangsaan 1997)
14. Datuk Zulkifli Mohd. Ali
15. Datuk Ir. Kamarulzaman Mohd. Ali (Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad)
16. Toh Maharaja Dewa Datuk Zaharin Pandak Chulan (Orang Besar 16 Perak)
17. Tan Sri Dr. Yom Ahmad Ngah Ahmad (Pengerusi Ipoh City & Country Club)
18. Tan Sri Dr M Mahadevan Mahalingam (Pakar Pskitri)
19. Datuk Seri Dr Jalaluddin Abdul Rahim
20. Prof Dato' Seri Dr Visu Sinnadurai (Pensyarah Undang-Undang, Universiti Malaya & Bekas Hakim Mahkamah Tinggi)
21. Datuk Dr S Underwood
22. Datuk Dr Chin Chien Tet
23. Datuk Tan Cheng Or
24. Datuk Noordin Omar
25. Datuk Timor Shah Rafiq

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Mengenai YTM Raja Kechil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah, adakah YTM menerima SPCM & SPMP kerana ketika pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Shah, YTM memakai kalung & lencana SPCM serta selepang SPMP...?

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...