Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 3 May 2017

Khas Pertabalan : Pertabalan Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V.


Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra,
D.K., D.K.M., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K.,S.J.M.K., S.P.S.K., D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak), G.C.M.G., C.M.G., Queen Elizabeth Coronation Medal(United Kingdom).

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menuruti jejak langkah nenda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim apabila ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. Nenda baginda, Almarhum Sultan Yahya Petra melalui perjalanan yang sama ketika ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-6, 41 tahun lepas. Almarhum Sultan Yahya Petra ditabalkan pada 28 Februari 1976 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Almarhum Sultan Yahya Petra berusia 59 tahun. Cucunda baginda, Sultan Muhammad V (ketika itu bergelar Tengku Faris Petra) baru sahaja berusia 7 tahun. Atas kehendak Allah S.W.T. 41 tahun selepas itu, Sultan Muhammad ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15. Walaupun lebih 40 tahun berlalu, istiadat yang dijalankan masih tidak lapuk ditelan zaman. Apa yang dilakukan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra semasa pertabalan 41 tahun lepas masih dilakukan oleh cucundanya Sultan Muhammad V sewaktu ditabalkan. Cuma yang berbeza hanya tempat dan masanya sahaja. Jika dulu pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman manakala sekarang istiadat pertabalan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang serba indah. Didoakan semoga roh Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab ditempatkan bersama orang beriman dan semoga KDYMM Sultan Muhammad V diberikan kesihatan yang baik untuk terus memerintah negara dalam tempoh 5 tahun ini. 

Sultan Muhammad V (duduk bersila dua dari kiri) bergambar bersama nenda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab.

PERTABALAN SULTAN YAHYA PETRA PADA TAHUN 1976 DAN PERTABALAN SULTAN MUHAMMAD V PADA TAHUN 2017.


Keberangkatan tiba Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang.

Bersemayam di atas singgahsana.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menerima Keris Panjang Diraja daripada Datuk Paduka Maharaja Lela.

Simbolik penerimaan kuasa. Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V mengucup Keris Panjang Diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menyarungkan kembali Keris Panjang Diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V melafazkan ikrar.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menyampaikan titah diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V mengaminkan doa.

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...