Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 3 May 2017

Mess Kitt Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.



Mess kit merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri majlis santapan malam beristiadat. Mess Kit telah diwujudkan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2009. Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan cadangan reka bentuk Mess Kit. Cadangan reka bentuk Mess Kit telah diangkat untuk disembah perkenan dalam Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 12 Oktober 2009. Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja, pengubahsuaian sewajarnya telah dilakukan dan akhirnya Mess kit tersebut telah sempurna disiapkan dan disembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong XIII pada 24 November 2011. Dengan itu, secara rasminya Mess Kit menjadi salah satu daripada pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di samping Muskat.

Sultan Muhammad V memakai mess kit ketika Majlis Santapan Diraja Sempena Pertabalan baginda.

Secara umumnya reka bentuk dan corak Mess Kit diolah berdasarkan kepada Muskat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Awan larat pada kolar dan lengan baju merupakan elemen seni reka yang begitu signifikan dengan istana yang melahirkan identiti kebangsaan. Manakala Bunga Raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia yang melambangkan keberanian, perpaduan dan lima kelopak pula menggambarkan lima prinsip Rukun Negara. Mess Kit ini dipakai bersekali dengan vest dan kemeja berwarna putih di samping seluar panjang hitam yang mempunyai jalur berwarna keemasan di bahagian tepinya. Aksesori tambahan terdiri daripada e polet yang dihiasi lambang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keris bersilang, di mana keris merupakan sebahagian pakaian kebesaran Diraja, di antaranya pula diletakkan lima bintang pecah lima yang disusun secara bulatan menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera. Menghiasi bahagian dada sebelah kanan pula adalah aiguilette berwarna keemasan yang sinonim dengan pakaian seragam untuk menambah kesegakan.

Tuanku Abdul Halim memakai mess kit ketika berangkat ke Istiadat Santapan.

Tuanku Mizan merupakan Yang Di-Pertuan Agong pertama memakai mess kit ini. Baginda memakai mess kit ini ketika Majlis Santapan Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan baginda.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...