Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 17 March 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Bermula.


Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor dibuka pada 16 Mac 2015 dengan Istiadat Meletak Kerja. Istiadat ini merupakan salah satu daripada sembilan istiadat yang berkaitan dengan Kemahkotaan Sultan Johor yang akan berlangsung pada 23 Mac ini. Istiadat ini merupakan simbolik bermulanya perjalanan Istiadat Kemahkotaan ini. 

Istiadat ini  dimulakan dengam upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar pada pukul 9.15 pagi, Isnin 16 Mac 2015. Upacara menaikkan bendera istiadat ini didahului dengan perarakan membawa masuk bendera berkenaan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan diikuti oleh bacaan doa oleh Mufti Johor Dato' Mohd Tahrir Shamsuddin. 


Istiadat ini diketuai oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli. Turut hadir menyaksikan istiadat ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Ismail Karim, ketua Polis Negeri Johor, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Sharif , barisan EXCO Negeri Johor serta para pegawai kerajaan negeri, 


Datuk Penghulu Istiadat mengishtiharkan bahawa bendera berkenaan akan dikibarkan bermula 16 Mac dan akan diturunkan pada tarikh 21 April 2015. Sejurus sahaja bendera dinaikkan, 7 das tembakan meriam kedengaran. Istiadat Kemahkotaan ini akan dibuat secara gilang gemilang memandangkan kali terakhir rakyat Johor menyaksikan Istiadat Kemahkotaan ini adalah pada tahun 1960. Generasi baru khususnya harus turut serta dalam istiadat ini untuk lebih mendalami susur galur adat istiadat diraja Johor yang diwarisi zaman berzaman. Kurang seminggu lagi upacara paling penting dalam sambutan kemahkotaan ini akan berlangsung. Semua pihak bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar.

Saturday, 14 March 2015

Permaisuri Berpendidikan Luar Negara.

Almarhum Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial University of Nottingham, United Kingdom.

Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun Binti Haji Mohamad Ali.
Sijil Perguruan daripada Teacher's Training College, Kirkby, Liverpool, United Kingdom.
Honorary Fellow of Liverpool John Moores University, United Kingdom.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.
Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Kejuruteraan Kimia University of Nottingham, United Kingdom.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
London School of Oriental and African Studies, University of London, United Kingdom.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.
Upper Chine School, Isle of Wight, United Kingdom.

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Cheltenham Ladies College, Gloucestershire, United Kingdom.
Davies College, London, United Kingdom.
Ijazah Sarjana Muda Sastera University of Oxford, United Kingdom.
Ijazah Sarjana Sastera University of Oxford, United Kingdom.

Almarhum Tengku Ampuan Hajah Bariah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj.
Cuckfield Park College, Sussex, United Kingdom.

Friday, 13 March 2015

Singgahsana Kerajaan Johor Yang Baharu..

Istana Besar Johor Bahru menyaksikan pengubahsuaian istana itu untuk persiapan menjelang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ke 5 pada 23 Mac 2015. Singgahsana Istana Besar juga dilihat telah berubah wajah. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail telah berkenan untuk dimahkotakan apabila siap segala pengubahsuaian istana ini. Singgahsana baharu ini kelihatan lebih cantik dan mewah berbanding singgahsana sebelum ini yang agak ringkas hiasannya.

Singgahsana Kerajaan Johor yang lama.



Singgahsana Kerajaan Johor yang baru.
sumber : kemahkotaan.johor.gov.my

Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri Johor Darul Ta'zim..

Sempena dengan Hari Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac ini, WARISAN PERMAISURI membawakan kisah MAHKOTA KERAJAAN NEGERI JOHOR dan MAHKOTA PERMAISURI JOHOR. Negeri Johor merupakan satu daripada empat negeri Melayu yang mempunyai mahkota. Mahkota ini biasanya digunakan untuk istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan seseorang Sultan. Mengikut sejarah, MAHKOTA KERAJAAN JOHOR ini diilhamkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Mahkota ini dibuat oleh syarikat JW Benson, yang membuat barang kemas diraja British. Mahkota ini seberat 1.6 kilogram dan rekabentuknya bercirikan ketimuran dan dihiasi intan dan batu permata. Terdapat empat bulan bintang bercantum melambangkan agama Islam di sebelah kemuncak takhta dan ada tulisan perkataan Allah dan Muhammad, yang membawa makna Sultan menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor. Mahkota ini mengandungi 6 biji berlian besar, 3 biji batu delima merah, 4 batu zamrud besar, dan 4 biji batu nilam biru besar. Jumlah berlian kecil yang terdapat pada mahkota ini ialah 1450 biji. 


Mahkota Permaisuri (Diadem) digunakan untuk suri Sultan Johor. Dalam tahun 1925, Almarhum Sultan Ibrahim telah berkenan mengubah mahkota ini dengan mengadakan 5 biji berlian besar, setiap satunya 18 karat. Baginda juga menambah kepada regalia itu dengan seutas rantai yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah tiara daripada emas putih bertatahkan berlian. 


Kali terakhir mahkota ini dilihat dipakai oleh Sultan Johor adalah semasa Kemahkotaan Sultan Ismail pada tahun 1960.

Sultanah Nora memakai Mahkota Permaisuri ketika dimahkotakan sebagai Sultanah Johor.

Wednesday, 11 March 2015

Sultan Perak Buat Kali Pertama Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.


Perbincangan di antara Sultan Perak, Yang Di Pertuan Agong, Raja Perlis dan Sultan Selangor.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama Sultan Perak.

Buat pertama kalinya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke 237 yang berlangsung di Istana Negara Jalan Duta pada 11 Mac 2015. Mesyuarat itu akan berakhir pada 12 Mac 2015. Berangkat sama, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Manakala Sultan Pahang, Sultan Terengganu, dan Sultan Kelantan menghantar wakil masing-masing. Sultan Johor tidak menghantar sebarang wakil. Kesemua Raja-Raja diiringi oleh Menteri Besar masing-masing.

Turut hadir, kesemua Yang Di Pertua Negeri serta Ketua Menteri masing-masing. Pada sebelah malamnya, majlis Santapan Malam sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan di dewan banquet Istana Negara. Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun serta para permaisuri serta isteri Yang Di Pertua Negeri.Turut hadir, Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri beserta isteri masing-masing.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara, Raja Perlis, Sultan Perak dan Yang Di Pertuan Agong semasa santapan malam.

Suasana di dewan banquet Istana Negara Jalan Duta.

Sunday, 8 March 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 23 Mac 2015.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Zarith Sofiah .

Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim akan diadakan pada tanggal 23 Mac 2015. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden. Istiadat kemahkotaan ini akan berlangsung di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan-Sultan Johor terdahulu ialah Almarhum Maharaja Abu Bakar, Almarhum Sultan Ibrahim Al Mahsyur, Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, dan Almarhum Sultan Iskandar. Kali terakhir istiadat kemahkotaan diadakan di negeri Johor adalah 55 tahhun lepas apabila Almarhum Sultan Ismail dan Almarhum Sultanah Aminah dimahkotakan pada tahun 1960.

Dato' Rahim Ramli menunjukkan Lambang sempena Kemahkotaan Sultan Johor.

Istiadat Kemahkotaan ini akan bermula seawal 16 Mac 2015 dengan dimulakan oleh Istiadat Meletak Kerja yang diadakan di Tugu Peringatan Istana Besar Johor Bahru. Sembilan istiadat lain yang berkaitan dengan kemahkotaan akan diadakan dan sambutan penuh gilang gemilang ini akan berlangsung selama 3 bulan. Menurut Yang Di Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli, istiadat kemahkotaan ini akan menampilkan tiga elemen kebudayaan iaitu Melayu,Islam dan Barat. Istiadat ini juga bakal ditayangkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan detik bersejarah 23 Mac 2015, Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Darul Ta'zim.

Singgahsana Istana Besar Johor.

Istana Besar Johor Bahru.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Monday, 2 March 2015

10 Monarki Paling Tua Di Dunia..

Setelah kemangkatan Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, kini Ratu Elizabeth II diiktiraf sebagai monarki paling tua di dunia. Namun, baginda bukanlah monarki paling lama memerintah. Sebelum ini, Raja Abdullah memegang gelaran monarki tertua dunia pada usia 90 tahun. Kini, Ratu Elizabeth II yang akan mencecah usia 89 tahun memegang gelaran monarki tertua dunia. Dua orang Raja-Raja Melayu juga termasuk dalam senarai 10 orang monarki tertua di dunia. Berikut merupakan senarai 10 monarki tertua di dunia :

1. Ratu Elizabeth II, Her Majesty The Queen of England and 15 other Commonwealth         Realms.
    Usia : 88 tahun.
    Lahir : 21 April 1926.
    Tarikh Naik Takhta : 6 Februari 1952.
    Tempoh Memerintah : 62 Tahun.

2. Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Kedah Darul Aman.
Usia : 87 Tahun.
Lahir : 28 November 1927.
Tarikh Naik Takhta : 14 Julai 1958.
Tempoh memerintah : 56 Tahun.

3. Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand.
Usia : 87 Tahun.
Lahir : 5 Disember 1927.
Tarikh Naik Takhta : 9 Jun 1946.
Tempoh memerintah : 68 Tahun.

4. Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah, Emir of Kuwait.
Usia : 85 Tahun.
Tarikh Lahir : 16 Jun 1929.
Tarikh Naik Takhta : 29 Januari 2006.
Tempoh Memerintah : 9 Tahun.

5. Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang Darul Makmur.
Usia : 84 Tahun.
Tarikh Lahir : 24 Oktober 1930.
Tarikh Naik Takhta : 7 Mei 1974.
Tempoh Memerintah : 40 Tahun.

6. Emir Humaid Bin Rashid Al Nuaimi, Emir of Ajman, U.A.E.
Usia : 84 Tahun.
Tarikh Lahir : 1931.
Tarikh Naik Takhta : 6 September 1981.
Tempoh Memerintah : 33 Tahun.

7. Maharaja Akihito, Maharaja Jepun.
Usia : 81 Tahun.
Tarikh Lahir : 23 Disember 1933.
Tarikh Naik Takhta : 7 Januari 1989.
Tempoh Memerintah : 26 Tahun.

8. Awujale Sikiru Kayode Adetona, King of Ijebuland, Nigeria.
Usia : 80 Tahun.
Tarikh Lahir : 10 Mei 1934.
Tarikh Naik Takhta : 4 Januari 1960.
Tempoh Memerintah : 55 Tahun.

9. Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi.
Usia : 79 Tahun.
Tarikh Lahir : 31 Disember 1935.
Tarikh Naik Takhta : 23 Januari 2015.

10. Raja Harald, Raja Norway.
Usia : 77 Tahun.
Tarikh Lahir : 21 Februari 1937.
Tarikh Naik Takhta : 17 Januari 1991.
Tempoh Memerintah : 24 Tahun.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...