Asslamualaikum. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Yang Maha Mulia Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja menghiasi segmen WAJAH-WAJAH kali ini. Baginda berdua merupakan Sultan dan Tengku Ampuan Terengganu bermula tahun 1949 sehingga tahun 1979. Pasangan DiRaja ini menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke 4 bermula tahun 1965 hingga 1970. Tuanku Ismail amat gemar mengambil gambar. Baginda merupakan salah seorang pencetus jurugambar profesional dan baginda mengambil ribuan gambar sepanjang hayat baginda. Baginda digelar " The Pioneer of Modern Malaysia Photography". Mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Intan pada tahun 1944 namum tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Tuanku Ismail mangkat pada 20 September 1979 di usia 72 tahun . Tuanku Intan Zaharah meneruskan kehidupan di istana dan kini baginda bergelar Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu dan berusia 85 tahun.
Potret rasmi selaku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 4.
Baginda berdua sewaktu zaman muda. Gambar ini diambil sekitar lewat tahun 1940 an sewaktu baginda berdua baru menaiki takhta negeri Terengganu. Ketika ini Tuanku Intan baru sahaja berusia awal 20 an.
Wajah Sultan dan Tengku Ampuan Besar Terengganu Darul Iman yang bertakhta mulai tahun 1949 - 1979. Baginda berdua amat dikasihi rakyat Terengganu atas kemesraan baginda berdua kepada rakyat.
Gelagat Tuanku berdua sewaktu menyaksikan pertandingan lumba kuda.
Tuanku berdua sewaktu berangkat ke Istiadat Santapan Negara sempena meraikan baginda berdua ke negara Korea. Baginda berdua dianugerahkan darjah kebesaran Korea oleh Presiden Korea Selatan.
Baginda berdua menuruni pesawat sebaik tiba di Singapura untuk lawatan kerja. Tuanku Intan merupakan anak kelahiran Singapura.
Baginda berdua disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Wong Pow Nee dan Puan Sri sejurus tiba di Pulau Pinang untuk lawatan rasmi. Baginda berdua banyak melawat negeri-negeri dalam Malaysia termasuklah Sabah dan juga Sarawak.
Baginda berdua berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Baginda berdua berangkat ke Istana Negara untuk Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong.
Tuanku berdua menerima tabik hormat sejurus tiba ke tanah air selepas membuat lawatan rasmi ke luar negara.
No comments:
Post a Comment