Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 20 December 2014

Almarhum Raja Perempuan Kelsom Perak..

Almarhum Raja Perempuan Kelsom Binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Kramat, D.K.(Perak).

Raja Perempuan Kelsom dilahirkan sebagai Y.M. Raja Puteh Umi Kalsum pada tahun 1901 di Kuala Dipang. Ayahanda baginda ialah Y.M. Raja Kulop Muhammad Kramat Bin Raja Iskandar manakala bonda baginda ialah Y.M. Raja Sofia Binti Raja Ibrahim. Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Perak ke 30 Sultan Sir Iskandar Shah Al Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al Muazzam Shah sebagai isteri keempat  pada tahun 1920. Ketika itu Raja Perempuan Kelsom berusia 19 tahun manakala suami baginda berusia 39 tahun dan telah 2 tahun bertakhta sebagai Sultan Perak.

Ketika zaman muda baginda.
sumber : sembangkuala

Perkahwinan baginda berdua dikurnai dengan 5 putera dan 6 puteri. Putera sulung baginda merupakan Sultan Perak ke 33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Allahi Shah atau Sultan Idris II yang bertakhta pada tahun 1963 hingga 1983. Seorang lagi putera baginda Almarhum DYTM Raja Ahmad Saifuddin yang merupakan Raja Muda Perak semasa Almarhum Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak. Antara cucunda baginda adalah DYMM Sultanah Johor Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris dan DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah. 

Anakanda sulung baginda, Sultan Idris Shah II.


Selepas kemangkatan suami baginda pada tahun 1938, Raja Perempuan Kelsom berkahwin buat kali kedua dengan Y.DH Tok Raja DiRaja Tengku Adlan Bin Tengku Adil pada tahun 1940. Raja Perempuan Kelsom mangkat pada 9 Mei 1972 di Istana Bukit Chandan pada usia 71 tahun. Baginda dimakamkan di Makam DiRaja Kuala Kangsar.


Ketika bertakhta sebagai Raja Perempuan bermula tahun 1920 hingga 1938, baginda merupakan salah seorang permaisuri yang lantang melawan British. Baginda pernah mengetuai sebuah demonstrasi menentang penubuhan Malayan Union. Baginda dan Raja Puan Muda Perak ketika itu menerima sokongan ramai wanita dan juga pemuda-pemuda Melayu yang turut sama anti-British. AL FATIHAH untuk Almarhum Raja Perempuan Kelsom.



1 comment:

  1. Al Fatihah buat Almarhumah Raja Perempuan Kelsom.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...