Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 4 April 2015

Tunku Abdul Rahman dan Yang Di Pertuan Agong.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah mempunyai sejarah yang panjang bersama Raja-Raja Melayu. Beliau sendiri merupakan seorang putera negeri Kedah Darul Aman. Setelah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970, beliau seringkali dirujuk jika berlaku sebarang masalah. Beliau digelar sebagai "The King Maker" apabila mempersetujui konsep Raja Berpelembaagaan sewaktu kemerdekaan dahulu. Tunku Abdul Rahman sempat menyaksikan satu pusingan penuh kesembilan orang Raja-Raja Melayu bertakhta sebagai Yang Di Pertuan Agong bermula dengan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir dengan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Tunku Abdul Rahman mangkat pada tahun 1990 pada usia 87 tahun, Ketika itu Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertakhta sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Berikut gambar kenangan Tunku Abdul Rahman bersama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan.

Yang Di Pertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad bersalam dengan Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman,

Yang Di Pertuan Agong Kedua Sultan Hisamuddin Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah bergambar kenangan bersama Tunku Abdul Rahman.

Yang Di Pertuan Agong Ketiga Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail berbual bersama Tunku Abdul Rahman.

Yang Di Pertuan Agong Keempat Tuanku Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970.

Yang Di Pertuan Agong Kelima Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah memeluk ayahanda saudara baginda Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj. Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri apabila anakanda saudara beliau menaiki takhta kerajaan persekutuan.

Yang Di Pertuan Agong Keenam Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim bersama Tunku Abdul Rahman Putra.

Yang Di Pertuan Agong Ketujuh Sultan Ahmad Shah Ibni Almahum Sultan Abu Bakar berbual dengan Tunku Abdul Rahman Putra.

Yang Di Pertuan Agong Kesembilan Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin bersalaman dengan Tunku Abdul Rahman Putra selepas istiadat di Istana Negara.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...