Kenyataan Media Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir Mengumumkan Kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirahmanirrahim
Bahawa dengan sedih dan dukacitanya
dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja
Nor Mahani Binti RajaShahar Shah telah mangkat pada pukul 5.07 petang,hari
Selasa tarikh 3 Oktober 2017 Masihi bersamaan 12 Muharam 1439 Hijrah.
Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan
kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani
Binti RajaShahar Shah, dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak, Negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera
negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang.
Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.
Rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 10.00 pagi hingga
11.30 pagi manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula pukul 11.30
pagi.
Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku akan dimakamkan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada
hari Rabu, 4 Oktober 2017 masihi bersamaan 13 Muharram 1439 Hijrah.
Saya Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri
Besar Perak Darul Ridzuan, mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul
Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku
dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah subhanahuwataala dalam kalangan para
solehah.
No comments:
Post a Comment