Anda Pengunjung Ke :

Friday 6 October 2017

Istiadat Mengadap Sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Sultan Brunei Darussalam.


Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda dan isteri, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan untuk berangkat ke Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormat dan Istiadat Mengadap di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. 



Istiadat bermula dengan KeBawah Duli Tuanku berdua berangkat ke Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang diadakan di perkarangan Istana Nurul Iman. Baginda berdua seterusnya menuju ke Pentas Diraja untuk menerima tabik hormat,dan diiringi oleh Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam serta 21 das tembakan meriam. Kemudian, KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan untuk memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 323 anggota Angkatan Bersenjata Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei. 



Selesai Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan, baginda berdua berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana bagi Istiadat Mengadap. Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.



Antara tetamu negara yang berangkat hadir pada majlis tersebut ialah His Royal Highness Prince Edward, Earl of Wessex, selaku wakil peribadi kepada Her Majesty Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Her Royal Highness Sophie, Countess of Wessex.



Istiadat Mengadap dimulakan dengan keberangkatan tiba baginda berdua ke Balai Singgahsana Indera  Buana terus menuju ke singgahsana. Setelah bersemayam di atas singgahsana, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas menyembahkan titah kepada paduka Ayahanda baginda. Selepas itu, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyampaikan titah baginda. 

Istiadat Mengadap diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.



Baginda memeriksa kawalan kehormatan.



Keberangkatan tiba wakil Ratu England, Earl of Wessex serta adinda-adinda Sultan Brunei.


Pengiran Muda 'Abdul Malik dan isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Rabiatul Adawiyyah.


Keberangkatan masuk Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Anak Sarah serta anakanda-anakanda Sultan Brunei.


Puteri-puteri Sultan Brunei.


Adinda-adinda Sultan Brunei.


Keberangkatan masuk baginda berdua ke Balai Singgahsana Indera Buana.


Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di atas singgahsana.

KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan titah baginda.

Pengiran Muda Mahkota menyampaikan titah.

Pengiran Muda Mahkota dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, cucunda Sultan Brunei.



Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengiran Isteri Pengiran Anak Zariah, dan Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Earl of Wessex, Countess of Wessex dan Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.


Berangkat keluar dari Balai Singgahsana Indera Buana bersama kerabat dan tetamu diraja.

2 comments:

  1. Tolong bahas tunku abdul rahman ibni sultan ismail (johor), tunku tan sri abdullah ibni tuanku abdul rahman (yang pernah melawat israel tahun 1994) dan tengku indra abdullah petra ibni sultan ibrahim(kelantan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Saya masih mencari maklumat berkaitan. Terima kasih atas cadangan tuan.

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...