Anda Pengunjung Ke :

Saturday 7 October 2017

Raja-Raja Melayu Berangkat Ke Istiadat Santapan Sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Brunei.


Sempena meraikan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam, satu Istiadat Santapan Diraja diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Baginda berkenan untuk menjemput Raja-Raja dan Pemimpin negara-negara serantau untuk sama-sama meraikan sambutan yang penuh bermakna untuk baginda ini. 


Turut berangkat dalam istiadat ini ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Antara Raja-Raja Melayu dan Permaisuri yang berangkat adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Darul Ehsan Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, KDYMM Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, DYMM Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris. 

DYTM Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah berbual bersama KDYMM Sultan Muhammad V dan DYMM Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang Darul Makmur Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Turut hadir, TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan YABhg Toh Puan Majimor Shariff, TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud dan YABhg Toh Puan Ragad Khurdi Taib, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, dan YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. 


Wakil Ratu England, Queen Elizabeth II iaitu YTM Earl of Wessex, Prince Edward dan isteri YTM Countess of Wessex, Sophie turut berangkat ke istiadat ini. Pemimpin negara lain yang hadir ialah Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Ibu Iriana Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching, Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Cha-O-Cha, Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. 

Presiden Indonesia Joko Widodo, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah, KDYMM Pengiran Anak Saleha dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta seluruh kerabat diraja Brunei Darussalam. Turut kelihatan, adinda Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong iaitu YAM Tengku Amalin Aishah Putri Binti Sultan Ismail Petra yang kini merupakan sebahagian daripada kerabat diraja Brunei. Istiadat Santapan ini berakhir kira-kira jam 10.30 malam.



Earl of Wessex dan Countess of Wessex.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Perak.

Presiden Rodrigo Duterte, KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamamad V berbual bersama Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah bersama KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah.

DYTM Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.

Puteri-puteri Sultan Brunei. YTM Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Hafizah Sururul Bolkiah.

YTM Pengiran Anak Puteri 'Azimah Ni'matul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Putri Ameerah Wardatul Bolkiah.

YAM Tengku Amalin Aishah Putri.

Bonda saudara Sultan Brunei, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani dipimpin oleh YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah.

DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

DYMM Sultan dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

YTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen, YTM Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan TYT Tun Abdul Rahman Abbas.

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Pengiran Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Nur Hayati.


DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Nazrin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim.

DYMM Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor bersama Earl dan Countess of Wessex.

YABhg Toh Puan Ragad, YABhg Toh Puan Majimor, TYT Tun Abdul Rahman Abbas,TYT Tun Taib Mahmud dan YAB Tan Sri Musa Aman.

KDYMM Pengiran Anak Saleha, DYMM Tengku P

2 comments:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...