Anda Pengunjung Ke :

Thursday 12 October 2017

Istiadat Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke- 274.


Sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-274, Istiadat Santapan Malam diadakan di Dewan Santapan Utama Istana Negara, Jalan Duta Kuala Lumpur. Berangkat mencemar duli ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Berangkat sama ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah yang merupakan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Maliha. Turut berangkat Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra. 


Turut hadir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Majimor, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Zurina Kassim, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norlidah dan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Ragad Khurdi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor serta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri- Menteri Kabinet dan juga Menteri-Menteri Besar turut hadir.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berbual bersama DYMM Tuanku Zara Salim.

YMM Tengku Fa-iz Petra mencium tangan KDYMM Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak bersama suri masing-masing.

YMM Tengku Fa-iz Petra menunjukkan sesuatu didalam telefon bimbit baginda kepada KDYMM Sultanah Maliha.

Sultan Selangor, Sultan Perak dan Sultan Kedah



Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri di Bilik Seri Maharaja.


Perbualan diantara tiga orang permaisuri.


1 comment:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...