Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 6 November 2018

Perdana Menteri Dianugerahi Darjah Kebesaran Jepun.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi dengan Darjah Kebesaran daripada Maharaja Jepun bersempena lawatan kerja beliau ke negara Jepun. Tun Mahathir dianugerahi Darjah "Grand Cordon of the Order of the Poulownia Flowers". Darjah Kebesaran ini merupakan Darjah Kebesaran kedua tertinggi dalam negara Jepun selepas Order of Chrysanthemum. 


Sewaktu penganugerahan, Tun Dr Mahathir memakai Darjah Order of the Rising Sun yang diterima beliau pada tahun 1991.


Penganugerahan ini disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Maharaja Jepun Maharaja Akihito dalam suatu majlis di Imperial Palace kira-kira pukul 9.45 pagi waktu tempatan. Setakat tahun 2003, hanya 24 orang sahaja yang pernah dianugerahi dengan Darjah Kebesaran ini. 24 orang ini merangkumi 18 orang warga Jepun, 3 orang warga Amerika Syarikat, seorang warga India, seorang warga Singapura dan seorang warga Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. 




Selain Tun Dr Mahathir, dua orang pemimpin Asia yang pernah menerima anugerah ini ialah Manmohan Singh, Perdana Menteri India (2004-2014) yang menerimanya pada tahun 2014 dan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura (1969-1990) yang menerimanya pada tahun 2015. Penganugerahan ini merupakan perhargaan tertinggi negara Jepun terhadap individu yang banyak memberi sumbangan dalam hubungan dua hala antara negara berkenaan dengan negara Jepun selain sumbangan individu tersebut kepada rantau Asia. Ini merupakan kali kedua Tun Dr Mahathir menerima anugerah daripada Maharaja Jepun. Kali pertama beliau telah dianugerahi dengan Darjah Kebesaran Grand Cordon of the Order of the Rising Sun pada 30 September 1991.



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...