Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 13 August 2015

WAJAH-WAJAH : Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Muzwin.


Segmen WAJAH-WAJAH akan diteruskan dengan pasangan DiRaja yang berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda berdua merupakan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Ke 33 dan Raja Perempuan Perak Darul Ridzuan. Baginda berdua adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Afifullah Shah II Ibni Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasullah dan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Arif Shah. Baginda berdua menaiki takhta negeri Perak pada 5 Januari 1963 sehingga kemangkatan Sultan Idris pada 31 Januari 1984. Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 1943. Baginda berdua dikurniakan 3 putera dan 3 puteri. Sultan Idris Shah mangkat pada usia 60 tahun di Hospital Angkatan Tentera, Lumut. Isteri baginda Raja Perempuan Muzwin meneruskan kehidupan bersama anakanda-anakanda baginda. Raja Perempuan Muzwin mangkat pada 6 Oktober 2011 pada usia 82 tahun. Putera baginda berdua iaitu Raja Iskandar Dzulkarnain kini bergelar Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak dan puteri baginda Raja Zarith Sofiah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.

Potret sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke 34 dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perak.

Bertakhta di atas singgahsana Istana Iskandariah.

Baginda berdua sewaktu zaman muda.

Pasangan diraja yang romantik.

Potret baginda berdua sewaktu pertabalan sebagai Sultan dan Raja Perempuan Perak.

Bersanding ketika Istiadat Persandingan Diraja pada tahun 1943.

Baginda berdua dihadapan kenderaan rasmi Raja Bendahara Perak sewaktu Sultan Idris bergelar Raja Bendahara Perak.

Berhias langkap untuk pertabalan.

Baginda berdua bersama ayahanda Raja Perempuan Muzwin iaitu Raja Arif Shah(kiri) dan Raja Muda Perak ketika itu Raja Azlan Shah.

Istiadat Santapan Nasi Berastakona sempena Pertabalan baginda berdua.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 12 August 2015

Darjah Kebesaran Tertinggi Negara : Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)


Darjah Kebesaran Persekutuan yang mempunyai kedudukan paling tinggi dalam negara adalah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Pingat ini berkedudukan lebih tinggi daripada Darjah Darjah Kerabat Di-Raja Malaysia (D.K.M.) yang dikurnikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yang dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Raja-Raja Melayu.

Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini diwujudkan pada 29 Julai 1960 dan dizahirkan pada 11 Ogos 1969. Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keberanian tertinggi dalam situasi yang sangat berbahaya. Jumlah penerima pingat ini tidak terhad dan boleh dianugerahkan kepada orang awam atau pegawai beruniform. Darjah Kebesaran ini juga merupakan pingat tertinggi dalam Darjah Kebesaran Angkatan Tentera. Kedudukan pingat ini melebihi mana-mana Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Tun, Tan Sri, mahupun Datuk. 

Darjah Kebesaran ini tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya. Penerima pingat ini juga tidak tersenarai dalam Senarai Keutamaan Persekutuan seperti penerima Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) dan darjah-darjah persekutuan yang lain yang mempunyai kedudukan dalam istiadat persekutuan. 

Semenjak tahun 1990, penerima Darjah Kebesaran ini menerima elaun berbentuk duit. Sebelum ini, penerima pingat ini menerima elaun sebanyak RM400.00 sebulan. Namun, pada tahun 2009, Dewan Rakyat meluluskan kenaikan elaun pingat ini kepada RM 2000.00 sebulan. Jika penerima pingat sudah meninggal dunia, pihak keluarga akan menerima bayaran secara sekali gus sebanyak RM 20,000.00. Penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang paling dikenali ialah Mendiang Datuk Kanang Anak Langkau.

Berikut merupakan senarai penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) :

1. 5 Jun 1963 : Mendiang Konstable Khas Velu a/l Rajavelu, S.P.

2. 31 Ogos 1969 : Allahyarham Konstable Abu Bakar Bin Ngah Wahab, S.P.

3. 2 Jun 1971 : Pegawai Waran II Lenggu anak China, S.P.

4. 2 Jun 1971 : Encik Gean Kartar Singh a/k Kean Singh,S.P. ( Pegawai Penjara ).

5. 7 Jun 1971 : Konstable Fong Thean Kit, S.P.

6. 7 Jun 1971 : Koperal Yap Sean Hua, S.P.


7. 1 November 1971 : Allahyarham Leftenan Muda Abdul Razak Bin Hussain, S.P.

8. 7 Jun 1972 : SAC 1 Datuk Syed Mohd Mokhtar Bin Syed Zubir Barakbah, S.P.

kapt_mohana_chandran
9. 7 Jun 1972 : Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan, S.P.

10. 6 Julai 1972 : Ngalinuh Bala @ Kilah Atu, S.P.

11. 6 Julai 1972 : Konstable Itin a/k Bijam, S.P.

tpr_rasli_buang
12. 7 Julai 1972 : Trooper Razali Bin Buang, S.P.

kapt_hamid_awang
13. 6 Jun 1973 : Kapten(B) Dato' Hamid Bin Awang, S.P.,D.S.D.K.

14. 15 November 1973 : Cif Inspektor Chin Chin Kooi, S.P.

15. 15 November 1973 : Inspektor Reggie a/k Deli, S.P.

ltm_abd_hamid_ismail
16. 4 Jun 1975 : Leftenan Muda Abdul Hamid Bin Ismail, S.P.

17. 4 Jun 1975 : Sarjan Othman Bin Ahmad, S.P.

18. 2 Jun 1976 : Konstable Nuing a/k Saling, S.P.

mej_zainal_abdul_rashid
19. 1 Jun 1977 : Mejar Zainal Abidin Bin Abdul Rashid, S.P.

pw_kanang_ak_langkau
20. 3 Jun 1981 : Sarjan Datuk Kanang anak Langkau, S.P.,P.G.B.,P.G.B.K.,B.B.S.,P.J.M.,P.P.S.,P.P.A., P.P.M.

lkpl_saimon_tarikat
21. 1 Jun 1983 : Lans Koperal Saimon Bin Tarikat, S.P.

22. 1 Jun 1983 : Superitendan Datuk Paul Kiong, S.P.

23. 1 Jun 1983 : Deputi Superitendan Sia Boon Chee, S.P.

24. 1985 : Encik Abdul Jalil Bin Ibrahim, S.P. ( Bank Negara ).

kpl_mat_azman_awang
25. 4 Jun 1994 : Koperal Mat Aznan Bin Awang, S.P.,B.K.K.

26. 1 Jun 1998 : Koperal Mohd Nosruddin Bin Che Yeop, S.P.

lt_jen_dato_seri_zaini
27. 2 Jun 2001 : Leftenan Jeneral (B) Dato' Seri Zaini Bin Mohamed Said, S.P.,S.P.T.S.

28. 2 Jun 2001 : Deputi Superitendan Abdul Razak Bin Mohd Yusof, S.P.

29. 7 Jun 2014 : ASP Mohd Zabri Bin Abdul Hamid, S.P.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU


Wednesday, 5 August 2015

Senarai Susunan Kekananan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri.

Senarai Susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua- Yang Di Pertua Negeri.
( Dikemaskini pada 4 Ogos 2015 ).

1. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV
 Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, 
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb. Februari 1959, tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-V (kali pertama) pada 21.09.1970 dan tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV (kali kedua) pada 13hb Disember 2011).

2. SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, 
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang). 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ketujuh (1979-1984).

3. SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, 
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia). 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15hb. Mei 1998 dan ditabalkan pada 4hb. Mac 1999. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ketigabelas (2006-2011).

4. RAJA PERLIS.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, 
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb. April 2000 dan ditabalkan pada 7hb Mei 2001. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Keduabelas (2001-2006).

5. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France). 
 (Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac 2003).

6. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T. 
 (Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan pada 26hb Oktober 2009).

7. SULTAN JOHOR DARUL TA'ZIM.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K.M.B.(Brunei),S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.T.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.P.M.P.,P.I.S.
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010 dan ditabalkan pada 23hb Mac 2015).

8. AL SULTAN KELANTAN DARUL NAIM.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, 
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. 
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 13hb. September 2010).

9. SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, 
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Perlis), Ph.D (Harvard). 
 (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mei 2014).

10. PEMANGKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN *

* Tugas ini dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dianggotai oleh :-

Pengerusi : Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Darul Aman Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., D.S.D.K., P.A.T., B.C.K., K.P.K.
Ahli : (i) Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Darul Aman Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah,
S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., D.S.D.K.
(ii) Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah,
D.K.H., D.K.Y.R., S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M., P.A.T., J.P.

11. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, 
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2011 selama tempoh 2 tahun; dan
Dilantik semula pada 1hb Mei 2013 selama tempoh 2 tahun.

12. YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, 
S.M.N., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P., P.S.M., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P., G.C.O.M. (GER)
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 4hb. Jun 2004 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 4hb Jun 2008 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 4hb Jun 2012 selama tempoh 4 tahun.

13. YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, 
S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P. 
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Januari 2011 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 1hb Januari 2015 selama tempoh 4 tahun.

14. YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, 
S.M.N., S.B.S., D.K.(Johor), D.K. (Pahang), D.P., P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., S.S.A.P., D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT.W.E. (Thailand), KEPN (Indonesia), S.P.M.B. (Brunei), K.O.U. (Korea), AO (Australia), P.C.D. 
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mac 2014 selama tempoh 4 tahun.

MANTAN AL SULTAN KELANTAN DARUL NAIM.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,D.K.,D.M.N.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),D.K.(Johor),D.K.(Kedah),D.K.(Perak),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.M.B.(Brunei),D.P.S.S.,D.P.(Sarawak),S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.K.K.,S.P.S.K.
Naik Takhta Kelantan Darul Naim pada 30 Mac 1980 (diturunkan takhta pada 13 September 2010 kerana kegeringan).

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...