Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 16 July 2015

Kurniaan Kad Raya Istana Negara.

Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Mu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun di atas kurniaan kad raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Daulat Tuanku.




Potret Seri Paduka berdua berlatarbelakangkan Istana Negara Jalan Duta.

Tandatangan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 15 July 2015

15 Julai : Hari Keputeraan Tuanku Haminah.



MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAJI HAMIDUN,
D.M.N.,D.K.,D.K.H.,Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN KE 62
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG 
PADA 15 JULAI 2015 BERSAMAAN 28 RAMADAN 1436 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Kad Raya Raja Perlis 2015.

Menjunjung kasih di atas kurniaan kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Daulat Tuanku.





Potret Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan tandatangan baginda berdua.


Di belakang kad raya tertera perkataan Istana Arau.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday, 14 July 2015

Kad Raya Sultan Johor 2015.

Menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim Tuanku Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah di atas kurniaan kad raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah. Ampun Tuanku.




Kad raya Sultan Johor dihiasi dengan gambar Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor bersama bonda dan paduka anakanda-anakanda sempena Kemahkotaan Sultan Johor pada Mac lepas.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Kad Raya Sultan Pahang 2015.

Kad Hari Raya Aidilfitri kurniaan KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan DYMM Sultanah Pahang Darul Makmur Sultanah Hajah Kalsom. 






Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Thursday, 25 June 2015

Sultan Selangor Berbuka Puasa Di UiTM Shah Alam.

25 Jun 2015 : Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj berkenan mencemar duli berangkat ke UiTM Shah Alam untuk Majlis Berbuka Puasa bersama warga UiTM Shah Alam. Pada bulan Ramadan setiap tahun, baginda pasti akan berangkat ke UiTM Shah Alam untuk menyampaikan zakat kepada asnaf yang berada di UiTM Shah Alam.

Baginda tiba di Masjid Tuanku Mizan UiTM pada kira-kira pukul 6.30 petang. Seterusnya baginda menyampaikan zakat kepada pelajar yang layak menerima zakat. Kemudianya, tahlil arwah diadakan untuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj dan Almarhum Raja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Tengku Badar Shah. 

Sultan Sharafuddin kemudiannya berbuka puasa bersama warga UiTM di Masjid Tuanku Mizan UiTM. Pada sebelah malam pula, baginda bersama-sama warga UiTM menunaikan solat tarawih. Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin dan Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir. 



Sultan Selangor bersalaman dengan para pelajar diiringi oleh Naib Canselor UiTM Tan Sri Sahol Hamid.




Sultan Selangor berkenan bergembar dengan Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 24 June 2015

Tuanku Abdul Halim : Raja Sepanjang Zaman.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 14 Julai 1958 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Bergelar seorang Sultan pada usia cukup muda iaitu pada usia 31 tahun. Perjalanan baginda bergelar seorang Sultan selama hampir 57 tahun menjadikan baginda seorang Sultan yang cukup berpengalaman. Pelbagai peristiwa pernah ditempuhi baginda dalam pelbagai jenis era kepimpinan. Ditambah pula baginda diberi kepercayaan untuk menerajui negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 21 September 1970, hampir setahun selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Baginda dan kepimpinan negara pada waktu itu berperanan untuk membangunkan kembali negara kita. Banyak lagi pencapaian baginda sebagai seorang Sultan yang boleh dibanggakan. Baginda telah menyambut Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan sebagai Sultan Kedah pada tahun 2008. Baginda juga merupakan satu-satunya Raja Melayu yang menaiki takhta Persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali. Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14 pada usia 84 tahun. Kini, baginda telah berusia 88 tahun dan telah berada diatas takhta Persekutuan selama lebih kurang 4 tahun. Insyaallah, baginda akan menghabiskan tempoh pemerintahan baginda pada tahun hadapan. 








Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...