Anda Pengunjung Ke :

Friday 9 January 2015

Bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak Meninggal Dunia..

Allahyarham Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Dato' Seri Haji Abdul Rahman Bin Ya'kub,
S.M.N.,D.P.,S.I.M.P.,S.P.M.S.,S.S.D.K.,S.P.M.P.,S.P.D.K.,P.N.B.S.
Yang Di Pertua Negeri Sarawak Keempat.

Dukacita dimaklumkan bahawa Mantan Yang Di Pertua Negeri Sarawak Keempat, Tun Abdul Rahman Ya'kub telah meninggal dunia pada hari ini 9 Januari 2015, kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Allahyarham berusia 87 tahun dan baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 3 Januari lepas. Kesihatan beliau terganggu sejak beberapa minggu lepas dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah,Petra Jaya.

Tun Abdul Rahman dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak.Beliau mendapat pendidikan tinggi di Southampton University,England pada tahun 1954 hingga 1959. Beliau juga mendapat kelulusan dari School of International Law,Hague, Belanda dan juga mempunyai kelulusan dari Lincoln's Inn,London.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Toh Puan Normah Abdullah dan kali keduanya  dengan YABhg Toh Puan Siti Maemunah setelah isteri pertama beliau meninggal. Salah seorang anak beliau, Datuk Norah Abdul Rahman mengikut jejak langkah beliau dalam bidang polititk.



Tun Abdul Rahman pernah menjadi seorang Majistret dan kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak. Pada tahun 1963, beliau yang mula aktif dalam politik dilantik sebagai Menteri Muda Pembagunan Luar Bandar dan kemudiannya sebagai Menteri Muda Kehakiman, sesuai dengan kelayakan beliau dalam bidang perundangan. Beliau juga pernah menganggotai kabinet Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960 dengan memegang portfolio Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan. Tun Abdul Rahman dilantik sebagai menteri penuh pada tahun 1965 dan menjadi Menteri Tanah dan Galian dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan bermula tahun 1969 hingga 1970.

Pada 7 Julai 1970, beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak ketiga menggantikan Datuk Tawi Sli. Beliau menjadi Ketua Menteri selama 11 tahun sehingga tahun 1981. Pada 26 Mac 1981, beliau meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada anak saudaranya Tun Taib Mahmud untuk mejadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak keempat  pada 2 April 1981dan memegang jawatan itu selama 4 tahun sehingga tahun 1985. 


Sesungguhnya, pemergian Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub merupakan kehilangan besar bagi rakyat Malaysia am nya dan rakyat Sarawak khususnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...