Anda Pengunjung Ke :

Saturday 24 January 2015

Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah Mangkat..


Bismillahirrahmanirrahim... Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Darul Iman Tuanku Hajah Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja telah mangkat pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat radang paru-paru. Almarhum berusia 87 tahun. Almarhum merupakan Raja Permaisuri Agong Ke 4 yang berkhidmat pada tahun 1965 hingga 1970 di samping suami baginda iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Cucunda baginda adalah KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Jenazah Almarhum Tuanku Intan dijangka tiba pada pukul 10 pagi esok sebelum dibawa ke Istana Maziah untuk sesi penghormatan terakhir. Almarhum akan dimakamkan bersebelahan makam suami baginda di Makam Diraja Masjid Abidin selepas solat Zohor. Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari manakala orang-orang kenamaan bermula pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari. 

Setinggi-tinggi ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Terengganu dan seluruh kerabat DiRaja Terengganu diatas kemangkatan Almarhum Tuanku Intan Zaharah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.
AL FATIHAH...



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...