Anda Pengunjung Ke :

Monday, 11 September 2017

Luahan Kesedihan Cucunda Almarhum KDYMM Sultan Kedah.



Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan berita yang sedih buat kerabat diraja, rakyat negeri Kedah dan rakyat Malaysia amnya. Cucunda Almarhum Tuanku, Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah Binti Raja Iskandar Dzulkarnain berkongsi kisah disebalik seorang Raja dan Sultan yang dikasihi rakyat ini. Raja Sarina mencatatkan dalam laman Instagram beliau menunjukkan bahawa Almarhum Tuanku merupakan seorang Sultan yang amat komited dan dedikasi. 

“Saya lihat Tok (panggilan Raja Sarina kepada almarhum) tidak makan kerana sedang berlatih menyampaikan ucapan atau menyiapkan kerja dalam pejabat yang mana siapa lelaki berusia lebih 80 tahun yang sanggup buat begitu?

“Kebanyakan dari kita mengimpikan untuk bersara pada usia 50 tahun tetapi Tuanku tidak walaupun boleh berbuat demikian.

“Banyak kali saya lihat Tuanku terpaksa menghadiri acara-acara rasmi meskipun sedang gering dan menjalani rawatan di hospital.

“Di saat Tuanku meninggalkan wad dan bertugas sebagai Sultan dan Agong, saya lihat Tuanku berlakon seperti orang yang sihat, menyantuni Perdana Menteri dan tetamu yang lain.

“Tetapi selepas majlis tamat, Tuanku kembali ke wad dan membiarkan badan Tuanku dipasang tiub dan wayar.

Kami rakyat Malaysia berkongsi kesedihan yang dirasakan oleh cucunda Almarhum. Kehilangan baginda tiada gantinya. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang beriman.

Berita Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah 
kepada
 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman
Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K.

DI ATAS KEMANGKATAN 

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the   Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).

28 NOVEMBER 1927 - 11 SEPTEMBER 2017


Dukacita dimaklumkan bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang, hari Isnin, 11 September 2017. Almarhum baginda berusia 90 tahun. Namun, pengumuman rasmi mengenai kemangkatan Almarhum belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri Kedah Darul Aman. Namun, Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengadakan satu sidang akhbar di Wisma Darul Aman. Almarhum meninggalkan balu, KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah dan dua orang puteri, YTM Tunku Tan Sri Intan Safinaz dan DYAM Tunku Soraya. Berita mengenai pemakaman Almarhum akan dimaklumkan kemudian. Semoga Allah S.W.T. Mencucuri Rahmat ke Atas Roh Almarhum Tuanku.

Sunday, 10 September 2017

Menantu Almarhum Tunku Abdul Rahman Terima Gelaran Tan Sri.




Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Darul Naim
Tan Sri Dato' Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz,
D.K., S.P.M.K., S.J.M.K., P.S.M.

DAN

Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Darul Naim
Puan Sri Dato' Tunku Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
D.J.M.K.


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Darul Naim, Tan Sri Dato' Tengku Mohamamad Rizam Ibni Tengku Abdul Aziz kerana dianugerahi dengan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran "Tan Sri" sempena Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Beliau yang merupakan sepupu kepada Sultan Muhammad V itu merupakan salah seorang daripada 47 penerima Panglima Setia Mahkota pada tahun ini.


Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab. Beliau merupakan putera sulung kepada YBM Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Tengku Muhammad Hamzah dan YBM Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan anakanda saudara kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Beliau diputerakan pada 19 Julai 1961 di Istana Kota Lama,Kota Bharu. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang perbankan bersama RHB Bank. Beliau dilantik sebagai Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010dan seterusnya menjadi Tengku Temenggong Kelantan menggantikan YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada tahun 2014. 

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan menantu kepada Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1991. Pasangan diraja ini dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri. 

Warisan Permaisuri Melayu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat YBM Tengku Temenggong Kelantan diatas penganugerahan yang membawa gelaran "Tan Sri".

Saturday, 9 September 2017

Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong.



KUALA LUMPUR: Tiga tokoh ternama antara 103 penerima yang mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini, hari ini.


Mereka ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Md Raus Sharif serta dua bekas menteri Kabinet, Yang Amat Berbahagia Tun Michael Chen Wing Sum dan Yang Amat Berbahagia Tun S Samy Vellu. Ketiga-tiga mereka dianugerahi darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran 'Tun'.


Md Raus, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun berkuat kuasa pada 4 Ogos lepas, menggantikan YABhg Tun Arifin Zakaria yang bersara. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sehingga 3 Ogos 2017.


Samy Vellu, 81, pula adalah Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur berkuat kuasa pada 1 Januari 2011 dan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam kabinet bermula sebagai Menteri Kerja Raya dan Utiliti pada tahun 1979 sehingga tahun 2008. Beliau mula menyertai arena politik pada tahun 1959 sebagai anggota MIC cawangan Batu Caves sebelum dilantik sebagai presiden parti itu pada pada tahun 1981.


Sementara itu, Chen, 85, adalah bekas Timbalan Presiden MCA dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada tahun 2000 hingga 2003, selain pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru. Chen bergiat aktif dalam politik tanah air sejak tahun 1964 bersama MCA dan berkhidmat sebagai anggota Parlimen sejak tahun 1964 hingga 1986.

Yang Amat Arif Tun Md Raus Bin Sharif, S.S.M.

Sementara itu, seramai 51 individu dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaranTan Sri. Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) YBhg Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; dan Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN).

Yang Amat Berbahagia Tun Michael Chen Wing Sum, S.S.M.

Seramai 48 individu pula menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Mereka ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), YBhg Tan Sri Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), YBhg Tan Sri Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg Tan Sri Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Yang Amat Berbahagia Tun S. Samy Vellu, S.S.M.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff; Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tan Sri Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg Tan Sri Datuk Dzulkifli Ahmad. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YBhg Tan Sri Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; dan Pengerusi Lembaga Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad, YM Tan Sri Datuk Paduka Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail turut menerima darjah kebesaran PSM. Ketua Menteri Sabah, YAB Tan Sri Datuk Seri Musa Aman pula disenarai antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenaraikan dua veteran UMNO,YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed. Turut menerima anugerah itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, YB Tan Sri Datuk Seri S Vigneswaran; bekas pengerusi MIC Perak, YBhg Tan Sri Datuk Rajoo Dasari @ Govindasamy; dan bekas pemimpin MCA YBhg Tan Sri Datuk Tee Cheng York @ Tee How.

Yang Amat DiHormati Tan Sri Fuzi Harun, P.M.N.

Bagi kategori pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun pula, penerima gelaran itu ialah Gabenor Bank Negara, YBhg Tan Sri Datuk Seri Muhammad Ibrahim; Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, YB Tan Sri Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Halim Shafie; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg Tan Sri Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Tan Sri Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dua panglima daripada perkhidmatan ATM turut menerima darjah kebesaran PSM iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang.

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Dato' Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, P.S.M.

Seramai 20 individu dari badan swasta, persatuan dan sukarela turut menerima darjah kebesaran PSM iaitu Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Albukhary, YBhg Tan Sri Datuk Seri Ismail Yusof; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan Group Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Mat Shah Sapuan; Timbalan Pengerusi Eksekutif Ahmad Zaki Resources Berhad,YBhg Tan Sri Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda dan Pengerusi Eksekutif Binary University Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Prof Joseph Adaikalam.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Syed Danial Syed Ahmad, P.S.M.

Turut menerima anugerah PSM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Press Metal Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Koon Poh Keong; Pengerusi Globaltec Formation Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Seri Dr Goh Tian Chuan; Pengerusi Sunsuria Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Ter Leong Yap; Timbalan Pengerusi Eksekutif ENRA Group Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Kamaluddin Tun Abdullah; Naib Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia,YBhg Tan Sri Datuk Seri Abg Khalid Abg Marzuki; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), YBhg Tan Sri Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Pengarah Eksekutif HSS Engineers Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Seri S Kunasingam dan Pengarah Urusan Kumpulan Akisama Group, YBhg Tan Sri Datuk Chang Koon Wah.

Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato' Paduka Noor Zakiah Binti Tengku Ismail, P.S.M.

Turut tersenarai ialah Pengarah Urusan Iswarabena Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Seri S Selvarajoo; Pengarah Urusan Pelita Samudera Pertama (M) Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk D Murugan; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mangkubumi Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Seri Zainudin Karjan; Pengarah Urusan Kossan Rubber Industries Berhad, YBhg Tan Sri Datuk Lim Kuang Sia; Pengarah Urusan Ekovest Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng; Ketua Pegawai Eksekutif OWG Holdings Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Seri Koh Cheng Keong; Pengarah Urusan Ideal Property Development Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Ooi Kee Liang dan Pengerusi Eksekutif Tanah Permai Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Lim Pau Chang.

Dato' Paduka Maharaja Lela.

Penerima lain ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Big C Supercenter Public Company Limited, Chareon Sirivadhanabhakdi; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital (M) Sdn Bhd, Steve Miligan; Presiden Malaysia Earl International Development Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Yuhao Aixinjueluo; Ketua Pegawai Eksekutif XINYI Glass Holding LTD, Datuk Gerry Tung Ching Sai dan Ketua Pegawai Eksekutif Xin Wang International Group, Datuk Chuang Chou-Wen.


Bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, seramai 1,518 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2017. Selain Darjah SSM, penganugerahan hari ini turut membabitkan tiga Darjah Panglima Mangku Negara (PMN), 47 Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), 42 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lapan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD). - BERNAMA







9 September 2017: Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...