Anda Pengunjung Ke :

Friday, 9 November 2018

Raja-Raja Dan Canselor Universiti Awam.

CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM).

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UiTM Pertama : 
Almarhum Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah AlHaj.
( 1999-2001 ).



Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UiTM Kedua :
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 12 Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
( 2001-2006 ).



Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UiTM Ketiga :
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 13 Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
( 2006-2011 ).


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor (UiTM) Keempat :
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'a
dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
( 2011- 2016).


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UiTM Kelima:
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
(2016-sekarang).

CANSELOR UNIVERSITI MALAYA (UM).

Canselor UM Pertama:
Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indra Putra Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
( 1963 - 1972 ).


Canselor UM Kedua :
Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
( 1972 -1986 ).


Canselor UM Ketiga :
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
( 1986-2014 ).


Canselor (UM) Keempat :
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah.
( 2014-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).

Canselor UKM Pertama : 
Allahyarham Yang Amat DiMuliakan Tun Haji Abdul Razak Bin Dato' Hussein.
( 1970-1976 ).


Canselor UKM Kedua:
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
( 1976-2008).


Canselor UKM Ketiga:
Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
( 2008-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) .


Canselor UPM Pertama :
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah AlHaj.
( 1977-1993 ).


Canselor UPM Kedua :
Allahyarham Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir.
( 1993-2002 ).


Canselor UPM Ketiga :
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.
( 2002-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM).


Canselor USM Pertama :
Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
( 1972-2000 ).



Canselor USM Kedua dan Keempat: 
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
( 2000-2001 ) dan ( 2006-sekarang).



Canselor USM Ketiga :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
( 2001-2006 ).


CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM).



Canselor UTM Pertama :
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim.
( 1975-1981 ).



Canselor UTM Kedua :
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.
( 1981-1986 ).



Canselor UTM Ketiga :
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor Darul Ta'zim Sultanah Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.
( 1986-2010 ).



Canselor UTM Keempat :
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
( 2010-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM).


Canselor UUM Pertama : 
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
( 1984-2014 ).



Canselor UUM Kedua :
Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Dato' Seri Utama Tan Sri Intan Shafinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
( 2014-2017) .


Canselor UUM Ketiga:
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
(2017-sekarang).

KETUA PERLEMBAGAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM).


Ketua Perlembagaan UIAM Pertama :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
( 1983-sekarang ).

CANSELOR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI).



Canselor UPSI Pertama :
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun Binti Mohd Ali.
( 1999-2012 ).



Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.
( 2012-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).


Canselor UMT Pertama :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Nur Zahirah.
( 2007-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM).


Canselor USIM Pertama :
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
( 2003-2009).



Canselor USIM Kedua :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
( 2009-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP).


Canselor UMP Pertama :
Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.
( 2007-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).


Canselor UniSZA Pertama :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Nur Zahirah.
( 2009-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK).


Canselor UMK Pertama :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
( 2008-2011 ).



Canselor UMK Kedua:
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad V.
( 2011-2017).



Canselor UMK Ketiga:
Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra 
(2017-sekarang).

CANSELOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).
Canselor UTHM Pertama :
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
( 2000-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP).

The Chancellor of UniMAP
Canselor UniMAP Pertama :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
( 2003-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM).


Canselor UPNM Pertama :
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
( 2010-2012 ).



Canselor UPNM Kedua : 
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
( 2012-2017).



Canselor UPNM Ketiga:
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
(2017-Sekarang).

CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). 


Canselor UTeM Pertama :
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaacob.
( 2007-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS). 


Canselor UNIMAS Pertama :
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi (Dr.) Ahmad Zaidi Adruce Bin Muhamad Noor.
(1992-2000).



Canselor UNIMAS Kedua :
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salehuddin Bin Abang Barieng.


Canselor UNIMAS Ketiga :
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud.
( 2014-sekarang ).


CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS). 


Canselor UMS Pertama :
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai.


Canselor UMS Kedua: Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Bin Abdullah.


Canselor UMS Ketiga:
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin.

Tuesday, 6 November 2018

Perdana Menteri Dianugerahi Darjah Kebesaran Jepun.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi dengan Darjah Kebesaran daripada Maharaja Jepun bersempena lawatan kerja beliau ke negara Jepun. Tun Mahathir dianugerahi Darjah "Grand Cordon of the Order of the Poulownia Flowers". Darjah Kebesaran ini merupakan Darjah Kebesaran kedua tertinggi dalam negara Jepun selepas Order of Chrysanthemum. 


Sewaktu penganugerahan, Tun Dr Mahathir memakai Darjah Order of the Rising Sun yang diterima beliau pada tahun 1991.


Penganugerahan ini disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Maharaja Jepun Maharaja Akihito dalam suatu majlis di Imperial Palace kira-kira pukul 9.45 pagi waktu tempatan. Setakat tahun 2003, hanya 24 orang sahaja yang pernah dianugerahi dengan Darjah Kebesaran ini. 24 orang ini merangkumi 18 orang warga Jepun, 3 orang warga Amerika Syarikat, seorang warga India, seorang warga Singapura dan seorang warga Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. 




Selain Tun Dr Mahathir, dua orang pemimpin Asia yang pernah menerima anugerah ini ialah Manmohan Singh, Perdana Menteri India (2004-2014) yang menerimanya pada tahun 2014 dan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura (1969-1990) yang menerimanya pada tahun 2015. Penganugerahan ini merupakan perhargaan tertinggi negara Jepun terhadap individu yang banyak memberi sumbangan dalam hubungan dua hala antara negara berkenaan dengan negara Jepun selain sumbangan individu tersebut kepada rantau Asia. Ini merupakan kali kedua Tun Dr Mahathir menerima anugerah daripada Maharaja Jepun. Kali pertama beliau telah dianugerahi dengan Darjah Kebesaran Grand Cordon of the Order of the Rising Sun pada 30 September 1991.



Saturday, 3 November 2018

Khas Sempena Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak: Sultan Nazrin Shah, Raja Cendekiawan.

SULTAN NAZRIN SHAH, RAJA CENDEKIAWAN


Bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Yang Ke-62 pada 2 November 2018, Warisan Raja & Permaisuri Melayu ingin menulis satu post khas untuk DYMM Paduka Seri Tuanku. Diputerakan dalam keluarga diraja yang hidup secara sederhana pada tanggal 27 November 1956 di Pulau Pinang. Putera kepada pasangan Majistret Raja Azlan Shah Ibni Sultan Yusuf Izzuddin dan seorang guru Che Puan Bainun Mohd Ali. Mewarisi kepintaran dan kecerdikan paduka ayahanda dan bonda baginda, Sultan Nazrin mendapat pendidikan awal di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5 sebelum melanjutkan pelajaran ke St John Institution. Pada usia 13 tahun, baginda dihantar ke United Kingdom untuk belajar di Leys School, Cambridge. Baginda terus menyambung pelajaran di United Kingdom untuk peringkat ijazah di universiti terunggul dunia, Oxford University dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi. Baginda telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Oxford University. 

Sultan Narin (barisan depan dua dari kiri) semasa menuntut di St John Institution.

Sultan Nazrin (barisan belakang nombor 4 dari kanan) semasa menuntut di Leys School.

Sultan Nazrin(barisan keempat nombor empat dari kanan) semasa menuntut di Oxford University.

Baginda yang sememangnya mencintai ilmu merasakan tidak cukup hanya sekadar memperoleh Ijazah Sarjana Muda. Baginda kemudiannya menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Harvard University. Baginda telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Harvard University. Pencapaian tertinggi baginda dalam bidang pendidikan adalah apabila baginda melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Baginda merupakan putera raja pertama dalam negara yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Baginda memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University. Kegigihan baginda untuk menuntut ilmu pada peringkat tertinggi didorong oleh kedua paduka ayahanda dan bonda baginda. 


Baginda bertuah kerana kedua paduka ayahanda dan bonda baginda juga merupakan pencinta ilmu dan melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Almarhum Sultan Azlan Shah merupakan lulusan perundangan daripada Nottingham Universiti manakala Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun merupakan lulusan Maktab Perguruan Kirkby, England. Disebabkan ketokohan baginda dalam bidang ilmu, baginda telah dilantik memegang pelbagai jawatan dalam pertubuhan dan badan berkaitan ilmu dalam dan luar negara. Baginda merupakan Felo Kehormat Worcester College, University of Oxford, dan juga Felo Magdalene College dan St Edmund College, University of Cambridge. Baginda juga dilantik sebagai salah seorang Chancellor's  Court of Benefactors di University of Oxford. 


Baginda juga merupakan Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford University. Selain itu, baginda juga ialah Felo Diraja Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS), Felo Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia (Institute of Strategic and International Studies-ISIS), Felo Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), dan Penaung Diraja Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia. Baginda juga dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya menggantikan Almarhum paduka ayahanda baginda. Sultan Nazrin juga ialah Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) selain anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Sumbangan baginda sebagai anggota panel tersebut pernah mendapat sanjungan termasuk daripada Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, yang diadakan bersempena  Perhimpunan Agung PBB (UNGA) September lalu. Baginda juga merupakan Penaung Diraja bagi Inisiatif Kewangan Islam Malaysia dan Penaung Diraja Amanah Anugerah Merdeka. Sultan Nazrin telah dianugerahkan Ijazah Kehormat daripada Nottingham University yang merupakan alma matter Almarhum ayahanda baginda. Baginda juga pernah dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Kehormat Pengurusan Perniagaan daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi daripada Soka University, Japan. 


Baginda juga telah dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara. Sultan Nazrin juga merupakan Duta Khas Malaysia untuk Dialog Antara Ketamadunan dan Kepelbagaian Kepercayaan di Kesatuan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC). Sesungguhnya, ketokohan baginda dalam bidang ilmu mengangkat nama Malaysia di arena antarabangsa. Baginda selaku seorang Raja telah menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti oleh rakyat jelata. Selamat Hari Keputeraan Ke-62 buat DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, seorang Raja yang cendekiawan dan ilmuwan.

Friday, 2 November 2018

DYMM Sultan Nazrin Memangku Tugas Yang Di-Pertuan Agong.


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong akan memangku tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong bermula 2 November 2018 sehingga 31 Disember 2018. Hal ini kerana KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan beristirehat untuk menjalani rawatan. 


Satu istiadat untuk baginda selaku Timbalan Yang Di-Pertuan Agong menandatangani watikah perisytiharan untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagai Yang Di-Pertuan Agong telah diadakan di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur. Istiadat ringkas itu dimulakan dengan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan watikah perisytiharan berkenaan di hadapan baginda. Baginda kemudiannya menerima tugas itu dengan menandatangani watikah tersebut sambil disaksikan YAA Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum. 



Perisytiharan baginda memangku jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah termaktub dalam Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Timbalan Yang Di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi sebagai Yang Di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda. Turut hadir dalam istiadat berkenaan ialah YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, YBhg Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja YBhg Tan Sri Syed Danial, YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Dato' Seri DiRaja Tan Sri Zahidi Zainuddin, Ahli Dewan Negara Perak YBhg Datuk Seri Panglima Annuar Zaini dan beberapa tetamu kenamaan yang lain. Doa dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri.




Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Paduka Seri Sultan Perak.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...