Anda Pengunjung Ke :

Saturday 2 February 2019

Istiadat Keberangkatan Tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI & KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

KOMPLEKS BUNGA RAYA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA).


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj selamat tiba di ibu negara bagi Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Keberangkatan tiba baginda berdua di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.15 pagi. Baginda berdua disambut oleh DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah serta kerabat diraja Selangor dan pembesar negeri Selangor. Sebelum itu baginda berdua berangkat dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan dengan menaiki pesawat khas. Istidat keberangkatan tiba baginda berdua juga turut diiringi oleh pasukan Kawalan Kehormatan Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada 2 pegawai dan 26 anggota. Baginda berdua akan berangkat menuju ke Dataran Parlimen untuk Istiadat Memeriksa Kawalan Kehormatan sebelum berangkat ke Istana Negara Jalan Duta.




DATARAN PARLIMEN


KDYMM Sultan Abdullah dan KDYMM Tuanku Azizah tiba di Dataran Parlimen pada pukul 10.07 pagi. Ketibaan baginda berdua disambut oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Baginda berdua berangkat ke khemas khas untuk Istiadat Kawalan Kehormatan. Lagu Negaraku dimainkan sejurus sahaja baginda berdua tiba di khemah khas. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut tiupan nafiri oleh 14 anggota Kor Armor Diraja disusuli oleh 21 das tembakan meriam yang dilaksanakan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Selesai "Hormat Diraja" dan lagu Negaraku, pegawai Kawalan Kehormatan Utama memohon perkenan baginda untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama. Baginda seterusnya mencemar duli untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 4 pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Baginda berdua kemudiannya berangkat menuju ke Istana Negara Jalan Duta untuk Istiadat Angkat Sumpah Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.






KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...