Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 24 January 2015

Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah Mangkat..


Bismillahirrahmanirrahim... Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Darul Iman Tuanku Hajah Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja telah mangkat pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat radang paru-paru. Almarhum berusia 87 tahun. Almarhum merupakan Raja Permaisuri Agong Ke 4 yang berkhidmat pada tahun 1965 hingga 1970 di samping suami baginda iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Cucunda baginda adalah KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Jenazah Almarhum Tuanku Intan dijangka tiba pada pukul 10 pagi esok sebelum dibawa ke Istana Maziah untuk sesi penghormatan terakhir. Almarhum akan dimakamkan bersebelahan makam suami baginda di Makam Diraja Masjid Abidin selepas solat Zohor. Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari manakala orang-orang kenamaan bermula pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari. 

Setinggi-tinggi ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Terengganu dan seluruh kerabat DiRaja Terengganu diatas kemangkatan Almarhum Tuanku Intan Zaharah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.
AL FATIHAH...



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Friday, 23 January 2015

BELASUNGKAWA : Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud..


Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan bahawa Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Ibni Abdulaziz Al Saud telah mangkat pada pukul 1.00 pagi waktu Arab Saudi, 23 Januari 2015. Baginda berusia 90 tahun dan mangkat akibat pneumonia. Jawatan Raja Arab Saudi diisi oleh adinda Almarhum Raja Abdullah iaitu Raja Salman Abdulaziz Al Saud,79 tahun. 

Raja Abdullah diputerakan pada 1 Ogos 1924  di Riyadh,Arab Saudi dan merupakan putera ke 10 kepada Raja Abdulziz Al Saud dan Fahda Binti Asi Al Shuraim. Pada tahun 1963, pada usia 39 tahun, Raja Abdullah dilantik sebagai Komander Saudi National Guard (SANG). Pada Mac 1975, kekanda baginda, Raja Khalid Abdulaziz Al Saud melantik baginda sebagai Timbalan Perdana Menteri II Arab Saudi dan baginda berada di tangga kedua didalam senarai pewaris takhta Arab Saudi. Raja Khalid mangkat pada 13 Jun 1982 dan digantikan oleh Raja Fahd Abdulaziz Al Saud.Raja Abdullah dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi. Raja Fahd memerintah sehingga tahun 1995, di mana baginda diserang strok dan Raja Abdullah dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga kemangkatan Raja Fahd. Raja Fahd mangkat pada 3 Ogos 2005 dan Raja Abdullah dilantik sebagai Raja Arab Saudi.

Sepanjang bergelar Raja Arab Saudi dan Pemangku Raja Arab Saudi bermula tahun 1995 hingga 2015,baginda telah banyak membawa perubahan kepada pimpinan negara Arab Saudi. Menurut Majalah Forbes 2013, Raja Abdullah merupakan individu ke 8 paling berkuasa di dunia. Baginda juga merupakan Raja kedua paling kaya selepas Raja Thailand dengan anggaran kekayaan sebanyak AS 18 Billion bersamaan RM 64.61 Billion.


Sepanjang bergelar Raja Arab Saudi, Raja Abdullah mempunyai 3 orang Putera Mahkota. Putera Mahkota Sultan Abdulaziz Al Saud mangkat pada 22 Oktober 2011 dan digantikan oleh Putera Mahkota Nayef Abdulaziz Al Saud. Putera Mahkota Nayef mangkat pada 16 Jun 2012 di Geneva,Switzerland. Dan Putera Mahkota ketiga ialah Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang mewarisi takhta Arab Saudi hari ini. 

Raja Abdullah pernah berkahwin sebanyak 11 kali dan mempunyai 22 orang anakanda, tujuh putera dan 15 puteri. Antara isteri baginda ialah Jawahir Bint Ali Hussien, Aida Fustuq, Munira Binti Abdullah Al Shaykh, dan Tathi Bint Mishan Al Faisal Al Jarba. Putera sulung baginda, Putera Khaled merupakan Timbalan Komander Saudi Arabian National Guard West sehingga tahun 1992. Putera kedua baginda, Putera Mutaib merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi. Putera baginda yang lain iaitu Putera Faisal merupakan Ketua Bulan Sabit Merah Arab Saudi, Putera Turki bekerja sebagai juruterbang Royal Saudi Air Force dan Gabenor Riyadh. Putera bongsu baginda, Putera Badr dilahirkan pada tahun 2003 ketika Raja Abdullah berusia 79 tahun. Salah seorang puteri baginda iaitu Puteri Adila merupakan peguam yang memperjuangkan hak memandu bagi wanita di Arab Saudi.


Kesihatan baginda semakin merosot sejak 27 Ogos 2012 di mana baginda menjalani pembedahan di Mount Sinai Hospital New York pada 4 September 2012. Pada November 2012, Raja Abdullah menjalani pembedahan bahagian belakang nya yang bagi kali yang kelima. Sebuah laporan perubatan pada April 2014 melaporkan bahawa Raja Abdullah hanya mampu hidup selama 6 bulan berikutan baginda didiagnos dengan penyakit Kanser Paru-paru. Baginda dimasukkan ke hospital pada 2 Januari 2015 dan mangkat pada 23 Januari 2015. 

AL FATIHAH
 Al Marhum Raja Abdullah Ibni Abdulaziz Al Saud,
( 1 Ogos 1924 - 23 Januari 2015 ).

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU


Sunday, 18 January 2015

Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kedah Darul Aman.


MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT KEHADAPAN

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN AL MU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the   Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).

SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGERI KEDAH DAN JAJAHAN TAKLUKNYA

SEMPENA KEPUTERAAN RASMI YANG KE 87
KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
PADA 18 JANUARI 2015 BERSAMAAN 27 RABIULAWAL 1436 HIJRAH

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
EDITOR WARISAN PERMAISURI MELAYU

www.warisanpermaisuri.blogspot.com

Friday, 16 January 2015

Wajah Para Permaisuri Ketika Muda..


Almarhum Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.

DYMM Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,

Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Seri Paduka Baginda Tuanku Haminah Binti Hamidun.

Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah.

YMM Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali.

Almarhum Tengku Ampuan Rahimah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz.

Almarhum Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Almarhum Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

YMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Almarhum Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad.

YAM Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad.

YAM Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.

DYMM Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Almarhum Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad.


Almarhum Raja Perempuan Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra.

YMM Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

YMM Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar.

Almarhum Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj.

Monday, 12 January 2015

Usia Raja-Raja dan Permaisuri Mengikut Urutan.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),S.P.T.J.,S.P.M.K.,Grand Cordon of The Royal Order of Cambodia.
Usia : 90 Tahun.
1 September 1924.

 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of    The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the   Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of    St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).
Usia : 87 Tahun.
28 November 1927.

Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Darul Iman Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit(Republic of Germany), Grand Cordon of the Order of Golden Hearts(Philippines), Grand Cordon of the Order of Queen Sheba(Ethiopia), Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan), The Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class(Republic of Korea), Grand Cordon of the Order of Pleiades 1st Class(Iran), Grand Cordon of the Order of Mugunghwa(Republic of Korea),Grand Order of Mahaputra 1st Class(Republic of Indonesia).
Usia : 86 Tahun.
13 April 1928.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar,
D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Johor),D.K.(Kelantan),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.(Kedah),D.K.M.B.,D.K.(Brunei),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),Qiladah Badr Al-Kubra(Saudi Arabia), Qiladah Al Sheikh Mubarak Al Kabir(Kuwait), Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea), Hon.D.Litt(Malaya), LLD.HC(Northrop,USA).
Usia : 84 Tahun.
24 Oktober 1930.


Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Perak Darul Ridzuan,D.K.,D.M.N.,D.K.(Selangor),D.K.A.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand),Grand Cordon of the Order of the Rising Sun(Japan),Fellow of Liverpool John Moores University.
Usia : 82 Tahun.
7 November 1932.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Johor Darul Takzim Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad ,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.
Usia : 77 Tahun.
10 Oktober 1937.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Johor Darul Takzim Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah).D.K.(Brunei),S.P.M.J.,S.S.I.J.,P.I.S.
Usia : 74 Tahun.
5 Julai 1940.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Indera Kayangan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
 D.K.P.,D.K.,S.S.P.J.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K
    (Kedah),D.K.(Selangor),D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),D.K.M.B
    (Brunei),S.P.M.J.,S.P.C.M.,S.P.M.T.,Collar Of The Order Of Chrysanthemum(Japan),Grand Order Of
    King Tomislav(Croatia),Grand Collar Of The National Order of Independence(Cambodia),Orders Of
    Merit With Collar(Italy),White Rose With Collar(Finland),The Order Of Temasek(Singapore).
Usia : 71 Tahun.
17 Mei 1943.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu),D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kedah),D.K.(Johor),S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.,Commander de la Legion d'Honneur (France).
Usia : 69 Tahun.
11 Disember 1945.

Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Indera Kayangan Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,D.K.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,D.M.N.,D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Royal Order(Cambodia),Grand Cordon Of The Order Of Merit(Republic Of Italy),Grand Cordon Of The Order Of The Isabella The Catholic(Spain),Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown,Grand Cordon Of The Order Of Sacred Treasure 2nd Class,Gold and Sillver Star(Japan),Knight Of The Royal Order Of Seraphim(Sweden).
Usia : 68 Tahun.
6 Jun 1946.

Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K.Y.R.,P.P.T.
Usia : 67 Tahun.
14 Januari 1948.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,D.K.,D.M.N.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),D.K.(Johor),D.K.(Kedah),D.K.(Perak),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.M.B.(Brunei),D.P.S.S.,D.P.(Sarawak),S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.K.K.,S.P.S.K.
Usia : 65 Tahun.
11 November 1949.

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K.(Kelantan),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Johor),D.K.(Brunei),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),S.P.M.K.,S.P.M.J.,S.P.M.P.
Usia : 65 Tahun.
1949.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur Sultanah Hajah Kalsom Binti Abdullah,
D.K.(Pahang).
Usia : 63 Tahun.
12 September 1951.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,
D.K.,D.P.T.J.,P.P.T.
Usia : 62 Tahun.
19 Jun 1952.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N.,D.K.,D.K.H.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan).
Usia : 61 Tahun.
15 Julai 1953.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddi Shah Al Maghfur-lah,
D.K.,D.K.S.A.,D.K.A.,D.M.N.,D.K.II(Selangor),S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis).
Usia : 58 Tahun.
27 November 1956.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Takzim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.M.N.,S.P.M.T.,S.P.M.K.,P.I.S.
Usia : 56 Tahun.
22 November 1958.

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Takzim Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah,
D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.
Usia : 55 Tahun.
14 Ogos 1959.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah,
D.K.T.,D.K.R.,D.M.N.,S.S.M.Z.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K.(Perlis),D.K.(Johor),D.K.M.B.(Brunei),D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),D.K.(Selangor),S.P.M.J.,Commandeur De La Legion d’Honneur(France),Knight Of The Order Of Rajamitrabhorn(Thailand),Grand Cordon Of The Order Of Independence(Qatar),The Order Of The Republic 1st Class Adipurna(Indonesia).
Usia : 53 Tahun.
22 Januari 1962.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad V ,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Selangor),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Johor),D.K.(Perak),D.K.(Perlis),D.K.(Kedah),S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.K.K.,S.P.S.K.
Usia : 45 Tahun.
6 Oktober 1969.

Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Dato' Seri Abdul Rahman,
D.K.,D.M.N.,D.A.(Sarawak),Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Usia : 43 Tahun.
18 November 1971.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim,
D.K.S.A.,D.K.A.
Usia : 41 Tahun.
22 Mac 1973.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Nur Zahirah,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),S.S.M.Z.,S.S.M.T.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Usia : 41 Tahun.
7 Disember 1973.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...