Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 23 May 2015

KDYMM Tuanku Abdul Halim dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra.



Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah,      
D.M.N.,D.K.(Johor),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Terengganu).,D.K.(Kedah).,D.K.(Brunei),D.U.K.,S.P.M.S.,D.U.N.M.,S.P.M.B.,Order of Companion of Honour-C.H. (United Kingdom),Order of Australia, Grand Cross of the Order of the Crown (Belgium), Grand Cross of the Royal Order of Sahametrei (Cambodia), Grand Collar of the Order of Sikatuna (Philippines), Ramon Magsasay Award(Philippines), Grand Cordon of the Order of National Foundation(Republic of South Korea), Knight Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao (Thailand), Grand Cordon of the Order of Istiqlal (Tunisia), Grand Officer of the National Order of Vietnam (South Vietnam).

dan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Al Mu'tsimu Billah Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the   Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).


Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan memberi ucapan sambil disaksikan oleh Tuanku Abdul Halim yang baru ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada tahun 1959.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, ayahanda kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan pada 1957 hingga 1970. Pada tahun beliau bersara, anakanda saudara beliau Tuanku Abdul Halim menaiki takhta Persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 5. 


Tunku Abdul Rahman bersalaman dengan Tuanku Abdul Halim sambil disaksikan oleh Tun Dr Mahathir.

Tuanku Abdul Halim memeluk ayahanda baginda Tunku Abdul Rahman,

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday, 19 May 2015

Darjah Kerabat Yang Diterima Sultan Nazrin Shah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah mengetuai senarai penerima darjah kebesaran negeri Perlis sempena Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ke 72 pada 17 Mei 2015. Satu istiadat penganugerahan khas akan disempurnakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 

DARJAH KERABAT BAGINDA TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) PERLIS.
Dizahirkan pada 21 September 1965 oleh KDYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail. Penerima darjah kebesaran ini tidak mempunyai apa-apa gelaran. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana dikurniakan kepada DYMM Raja-Raja, Kerabat Diraja Perlis yang kanan serta pihak tertentu atas limpah perkenan KDYMM Tuanku Raja Perlis. 

Setelah bergelar DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah dikurniakan beberapa darjah kerabat. Darjah-Darjah Kerabat ini termasuklah :

DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) KELANTAN DARUL NAIM.
Pada 20 Januari 2015, KDYMM Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) kepada DYMM Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak. Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili  KDYMM Sultan Muhammad V di Istana Perak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh kerabat-kerabat dan pegawai-pegawai tinggi dari kedua-dua negeri ini. Sesungguhnya penganugerahan ini mempereratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara kerajaan negeri Kelantan dan Perak.


DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) SELANGOR DARUL EHSAN
PANGKAT YANG PERTAMA.


Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 11 Disember 2014. Turut berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Selangor. Darjah tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.



DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)

6 Disember 2014 :
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dianugerahi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Perak, di sini hari ini. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Sunday, 17 May 2015

Hari Keputeraan Raja Perlis.


DAULAT TUANKU  
SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU.


MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT 
KEHADAPAN 

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL,
D.K.P.,D.K.,S.S.P.J.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K
    (Kedah),D.K.(Selangor),D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),D.K.M.B
    (Brunei),S.P.M.J.,S.P.C.M.,S.P.M.T.,Collar Of The Order Of Chrysanthemum(Japan),Grand Order Of King Tomislav(Croatia),Grand Collar Of The National Order of Independence(Cambodia),Orders Of Merit With Collar(Italy),White Rose With Collar(Finland),The Order Of Temasek(Singapore).
Raja Negeri Perlis Indera Kayangan.
dan

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU FAUZIAH BINTI ALMARHUM TENGKU ABDUL RASHID,
  D.K.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,D.M.N.,D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),S.P.M.J.,Grand Cordon of the Royal Order(Cambodia), Orders of Merit(Republic of Italy), Isabella the Catholic(Spain), Grand Cordon of the Order of The Precious Crown(Japan), Order of the Sacred Treasure 2nd Class(Japan).Raja Perempuan Perlis Indera Kayangan.

Sempena

HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU YANG KE - 72 TAHUN
PADA 17 MEI 2015 MASIHI BERSAMAAN 28 REJAB 1436 HIJRAH.
SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA KDYMM TUANKU

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Lehuddin,
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Friday, 15 May 2015

Kecomelan YTM Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Nama Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi perhatian rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Puteri comel berusia 3 tahun ini menarik perhatian ramai dengan keletah dan kecomelan beliau. Puteri bongsu kepada Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak ini dilihat pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berangkat bersama ayahanda dan bonda beliau ke majlis-majlis sempena Pertabalan Sultan Perak.














sumber : utusan, peraktoday, fairulhatim, pelbagai sumber.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU




Thursday, 14 May 2015

Sultan Nazrin Shah Ketika Muda.

Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah, WARISAN PERMAISURI MELAYU membawakan wajah-wajah Sultan Nazrin ketika muda. Baginda merupakan antara putera raja yang menjadi pujaan para gadis disebabkan kekacakan dan kepandaian baginda ketika zaman mudanya.Kini, di kala usia mencecah 59 tahun, baginda masih lagi kelihatan tampan. 

Putera idaman ramai suatu ketika dulu.





Ketika berangkat ke Istiadat Pertabalan Almarhum ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong.


Tuanku mirip wajah bonda baginda, Tuanku Bainun.


Ketika menjadi Pro Canselor Universiti Malaya.

Memakai persalinan rasmi sebagai DYTM Raja Muda Perak.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Sunday, 10 May 2015

Khas Sempena Sambutan Hari Ibu.

Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia yang disambut pada 10 Mei 2015, WARISAN PERMAISURI MELAYU ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan Sultanah-Sultanah di seluruh Malaysia. Sesungguhnya baginda semua telah memainkan peranan penting sebagai seorang ibu atau bonda. 

BONDA RAKYAT MALAYSIA .
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.

SULTANAH PAHANG :
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Kalsom dan putera baginda Yang Amat Mulia Tengku Fahd Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

SULTANAH TERENGGANU :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda-anakanda baginda iaitu DYTM Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Muhammad Mu'az, YAM Tengku Nadhirah Zaharah dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra'.

RAJA PEREMPUAN PERLIS :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid bersama putera baginda DYTM Tuanku Syed Faizzuddin Putra dan puteri baginda YAM Dato' Seri Sharifah Fazira.

TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud bersama tiga putera baginda iaitu YAM Tunku Ali Redhauddin, YAM Tunku Zain Al Abidin, dan YAM Tunku Alif Hussein. 

PERMAISURI JOHOR :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda-anakanda baginda terdiri daripada YAM Tunku Jalil, YAM Tunku Idris, DYAM Tunku Ismail, YAM Tunku Iman, YAM Tunku Aminah dan YAM Tunku Abdul Rahman bersama menantu baginda YAM Che Puan Khaleeda.

RAJA PERMAISURI PERAK :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim bersama putera baginda YTM Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri baginda YTM Raja Nazira Safya.

PADUKA BONDA RAJA-RAJA MELAYU .

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan bonda baginda Almarhum Tunku Sofiah Binti Almarhum Tunku Mahmud.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan bonda baginda Almarhum Tengku Ampuan Besar Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasullah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah dan bonda baginda Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Dato' Seri Nong Sharifah Fatimah Binti Sayyid Abdullah Al Sagoff.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan bonda baginda Almarhum Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj dan bonda baginda Almarhum Raja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Tengku Badar Shah.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan bonda baginda Almarhum Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan bonda baginda Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah dan Paduka Bonda Sultan Perak Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...