Anda Pengunjung Ke :

Monday, 2 February 2015

Tiara Raja Permaisuri Tuanku Bainun..

Setiap Permaisuri yang bertakhta pasti mempunyai tiara untuk menghiasi jemala baginda. Begitu juga tradisinya di Malaysia. Kepelbagaian reka bentuk tiara diraja amat menarik perhatian. Setiap tiara diraja memiliki keistimewaan masing-masing. Kemunculan tiara-tiara ini sering dilihat apabila para permaisuri menghadiri Istiadat-istiadat diraja seperti pertabalan, bankuet diraja, sambutan ulangtahun keputeraan, dan banyak lagi. Kali ini WARISAN PERMAISURI memaparkan tiara diraja yang sering dipakai oleh Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohd Ali sepanjang 30 tahun baginda menjadi Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. 


Tiara berlian ini merupakan tiara rasmi bagi Tuanku Bainun dan baginda sering dilihat memakai tiara ini dalam pelbagai majlis. Tiara ini dibuat dari berlian dan platinum dan dibuat di Hong Kong sekitar tahun 1960an. Tiara ini ditempah dengan harga $ 23,000 atau bersamaan RM 83,490 nilai pada hari ini. Namun, nilai sebenar tiara ini mungkin lebih mahal sekarang. Tiara ini mengandungi 312 berlian di gabungkan dengan menggunakan platinum. Tiara Berlian ini dipakai oleh Tuanku Bainun semasa ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.

Tuanku Bainun memakai tiara berlian didalam potret rasmi baginda sebagai Raja Permaisuri Perak.

Baginda memakai tiara berlian semasa berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 14.

Baginda memakai tiara berlian ketika Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke 34 pada tahun 1985.



Tiara berlian diletakkan di jemala Tuanku Bainun ketika ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...