Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 18 March 2020

TENGKOLOK PUTRA JULANG DARJAT NEGERI PERLIS.

Potret DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin memakai Tengkolok Putra Julang Darjat.

Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan untuk menukar tengkolok rasmi negeri Perlis daripada Tengkolok Dendam Tak Sudah kepada Tengkolok Putra Julang Darjat. Tengkolok Dendam Tak Sudah merupakan tengkolok yang berasal daripada Negeri Sembilan dan ikatan ini digunakan juga untuk Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. 

Tengkolok Putera Kayangan yang dipakai Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Tengkolok Putra Julang Darjat ini dilancarkan oleh baginda sendiri pada September 2019 dan tengkolok ini mula dipakai Istiadat Rasmi Diraja Perlis dan juga majlis rasmi kerajaan negeri Perlis. Ikatan tengkolok baru negeri Perlis ini diilhamkan daripada Tengkolok Putera Kayangan yang pernah dipakai oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang merupakan ayahanda Raja Perlis dan juga Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-3. Almarhum memakai tengkolok tersebut ketika Istiadat Pertabalan baginda pada tahun 1949 dan semasa majlis menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Difahamkan bahawa tengkolok berkenaan diikat sendiri oleh Almarhum Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail sendiri. Ejaan "Putra" diambil bersempena nama Almarhum kerana tengkolok ini berilhamkan tengkolok yang dipakai Almarhum semasa pertabalan baginda. Kali pertama Tengkolok Putra Julang Darjat ini dipakai oleh Tuanku Syed Sirajuddin adalah semasa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Raja Perlis pada 12 Oktober 2019.

DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra.


No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...